Jom join izan

Saturday, October 10, 2009

bunga-bunga Malaysia...


Kalau lihat keratan berita semalam oleh Norlida Akmar Idros tentang "Bandar Sultan Suleiman bagai mini Dhaka"............. memang sangat-sangat-sangat-sangat tak seronok lihat cara dan corak kehidupan masyarakat "Dhaka" yang dipaparkan.


Bukan aje di Pelabuhan Klang begitu.... di Kuala Lumpur - Pudu Raya. ini yang terkenal lah bagi warga Selangor dan Kuala Lumpur. Jika zaman dulu2 kalau tak ke Pudu Raya ni tak sah. kat sinilar boleh termetri... segala yang nak dimetrikan... dan dipetrikan.

Kalau dulu-dulu seronok kat Pudu Raya ni... yang terkenal selain Pudu Raya, "Cahaya Suria", "Metro Jaya", "Kota Raya"... haaa... macam-macam lagi. kalau tanya orang-orang yang zaman 70an dan 80an... nostalgianya.... mesti ada yang senyum simpul... haa... tak caya cubalar tanya. cubalar cari rahsia diaorang... macam-macam citer buleh dapat... tak caya buatlar...(jgn lupa bagi tau izan ye)


Tapi sekarang.... kalau suruh datang semula ke "area" Pudu Raya.... kalau boleh sedapat mungkin nak elakkan tempat tu. tambahan kalau hari Sabtu atau Ahad...... Ya ya ya... memang tak larat nak tengok pemandangannya.....


Ada vietnam, ada siam, ada dhaka, ada pakistan ada...ada... sume ada. kalau pandang ke tanah tak lalu juga.... mesti ada tanda-tanda orang-orang mereka, kalau pandang atas pun sama... papan tanda mereka, apatah lagi pandang depan belakang kiri kanan..... aduuuuu.... tak larat dan dah tak seronok nak meronda apa lagi melepak....


tambahan kalau pergi ke pasar borong selayang.... "myamar" lagi.... pemandangan orang-orangnya.... hihi... lihatlar sendiri....


kita memang memerlukan orang-orang luar untuk membantu menyelesaikan pekerjaan kita.... memandang kebanjiran warga asing yang keterlaluan.... membuatkan izan jadi takut nak kemana-mana sorang diri (hehe... alasan je tu.... yang sebenarnya ....cobak fikirkann....)


P/S: teringat zaman 1980an..... ramai betul yang terpikat kat mamat Pakistan yang bawak kain... akhirnya mamat balik Pakistan sorang diri...

24 comments :

cheryna zamrinor said...

malaysia 2020:

penuh dengan bangla yang makan dalam bulatan di tepi jalan raya.

vietnam dan india berebut naik komuter macam naik keretapi di negara mereka.

bukan pandang rendah, tp diorg bawak budaya diorg dtg sini. kalau yang bagus takpe, ini yang mencemarkan pemandangan dan budaya!

Catwoman said...

Tak tahan bau badan Bangla....
huhuhuuh. :)

Leenoh said...

Salam Izan.

Tahun 70an kita suka ke Benteng makan satay, naik bas Tong Fong 14 sen dari Kg.Conggo ( Bndr Tun Razak ).

CAHAYA said...

Cahaya banyak gak kenangan kat Kotaraya masa sekolah dulu. ;) **senyum meleret ni**

Tapi skang ni kalau lalu (naik kereta) kat area tu, nampak lain sangat. Rindu zaman dulu yang kurang bahaya.

p/s: Metrojaya tu dah tukar Mydin pulak.

Tie said...

Kak tie dah lama tak ke KL, jadi tak tahu la keadaan di sana. Takut gak bila dengar cerita2 kisah orang asing ni. Nampaknya, kita pulak jadi orang asing di negara sendiri.

Anonymous said...

izan,usah kata kat kl..kat johor ni pun sama..15 tahun dulu seronok je gi pasar malam...tp sekarang dh malas dah nak gi...ramai sgt warga asing...huhu

~PakKaramu~ said...

Hu hu hu kalah teruk pula dah ! kalau kalah sikit tak pe juga hu hu hu

KTS said...

semangat satu malaysia....
macam2 ada...


p/s: sbb izan tak ngorat mamat pakistan tu la, dorang merajuk balik sorang diri ke kg... hihihi

Unknown said...

cHeRyNa PiReS,

inilar yang menyesakkan fikiran.... belum lagi masuk bab keselamatan penduduk tempatan.. :(

Unknown said...

zyma,

hihihi.... original deodorant... wupssssss...

Unknown said...

leenoh,

ye lar.... izan pun dah lama lupa tentang benteng kat kl... kalau lalu pun takat pandang aje...

14 sen dulu2 ye.... masa zaman zan RM1.50 naik bas len ke bas batu arang ke... :D

Unknown said...

Cahaya,

betul tu... dah bertukar kepada "Mydin"...

k zan pun senyum2 ni... dulu-dulu kota raya situ terkenal dengan tempat bermain kasut roda.

tapi k zan cuma sempat sampai kat depan pintu aje tak leh masuk... abe kata budak2 tak leh masuk... dia bagi tengok sampai depan pintu aje... huhu... tenyum sorang2 nih..

Unknown said...

k tie,

kadang2 kita sendiri takut nak kemana-mana sebab orang asing lebih garang dari kita... Kuala Lumpur dah tak seperti dulu... tambahan di pusat kuala lumpur ... dah penuh orang asing..

Unknown said...

Ima,

nampaknya orang asing dah memenuhi setiap ruang kosong diantara penduduk malaysia... --- menakutkan.. :)

Unknown said...

Pak Karamu,

dah hilang kekuatan dan keyakinan...

Unknown said...

KTS,

hihihi... lawak...

tak cukup umur lar masa tu ... mana buleh....

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
Thanks for the birthday wish..

Kalau LOL ke Klang terasa mcm nak bawak pasport lak coz mcm bukan kat MALAYSIA jer..

Takut nak jenjalan coz adesh.. memang seram..

Dah tu buat mcm tempat sendiri. Kita yang org Malaysia ni lak yg takut. Adeh...

Bro Framestone said...

he..23x skrg pulak... perempuan2 dok tertarik dgn org negro..ayat power ke or kepoweran dorg?? yg mane satu ek

out of topic--> alasan bukan setakat menyempurnakan persoalan...bahkan menutup kelemahan diri.... cam bro pun same..xsuka dgr alasan...just yes or no je....

en_me said...

mesti dah ramai awek selak kain mamat pakistan yg balik sorang diri tewww.. ehehe

Unknown said...

LOL-Pearls,

dik malaysia baru.... macam-macam ada.

sentiasa jaga keselamatan diri... :D

Unknown said...

framestone,

selera orang macam2, tak dapat nak diperkatakan mahupun dipertikaikan hanya mereka dan diri mereka sahaja yang tahu ..... :D

-----> itu diklasifikasikan sebagai diktator..... yes or no... klu k zan lembut sikitlar... boleh dipertimbangkan...

Unknown said...

en_me,

puas dah selak... cuci mata jer. mahal sangat bukan bwk naik kapal pun. barangan malaysia jugak...

mamat balik pakistan tinggal barang kat malaysia juga..... balik nak berperang katanya.... kesian :)

~PakKaramu~ said...

Salam,

Ok tak de masalah main kutu tu, bagaimana bayarannya dan satu bulan berapa nak bayar ? Dan macam mana nak kontek ?

Unknown said...

Pak Karamu,

tawaran hanya sehari aje... dah penuh pula harini... :D

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter