Jom join izan

Monday, July 13, 2009

Mengapa begitu............

Harimau mati meninggalkan belang..... manusia mati meninggalkan nama.....
Selalunya kita nampak, selepas seseorang itu mati/meninggal dunia barulah orang nampak atau kenang segala kebaikkan, ketulusan dan segala ke...........
Agaknya memang lumrah manusia selepas mati/meninggal dunia baru dapat menempa nama..... dan yang terbaru dan masih hangat seperti Michael Jackson terutamanya...
Mengapa tidak semasa orang-orang yang kita sayangi masih hidup kita hargai, kasihi, hormati, dan segala yang baik-baik kita kenangi dan berterusan setelah orang-orang yang kita sayangi pergi meninggal kita (jika sudah sampai waktu yang dijanjikan oleh Nya.....)
Ini kita boleh jadikan tauladan dalam kehidupan seharian dan amalkan juga dalam seharian, walaupun pengamatan ini amat kecil....
berbuat baik dan disayangi, pada yang tua terutamanya jangan dilupa pada yang muda dan kecil, malah sesiapa sahaja disekeliling kita...... mudahan kita mendapat manfaat bersama.
jika kita tidak menghargai yang kecil, maka kita juga akan kurang dihormati....

18 comments :

julietchun said...

bila org tu dah takada barulah kita rasa rindu,sepi,sunyi, dan mcm-mcm lagilah. Tapi masa hayatnya nak bertanya kabar pun tak sempat kononnya, begitu sibuk sekali ye.

Anonymous said...

yalah izan...sekarang ni dah menjadi lumrah...bila dah tiada baru nak ditangasi...baru nak dikenang dan sebagainya...

moga kita dijauhi dari segala yang buruk itu...moga kita dapat kasih mengasihi diantara satu sama lain...agar hidup kita lebih dihargai...

Anonymous said...

Betul tu Zan.

Kerana itu kita kena menghargai semua orang yang hadir dalam hidup kita..terutapa ibubapa, suami dan anak2....

KTS said...

elok la manusia mati meninggalkan nama... er nama baik.. maknanya org igt gak jasa dan budi dia..

ada juga manusia mati yg meninggalkan nama buruk... tu lagi teruk... nauzubillah..

~PakKaramu~ said...

Ala, dia ingat nama dia tu elok sangat ke ?

echah_syed said...

takut bila kenang org yg kita syg menjadi pelindung setia pergi dahulu meninggalkan kita dari dunia yg fana ini..namun takdir ALLAH suda tersurat disana cuma bila & dimana hanya dia yg tahu.

doa combi bukan skrg sbb combi blom cukup kuat lagi.. :(

Unknown said...

julietchun,

kita kena hargai masa2 yg tinggal... mudahan kita tidak dalam kerugian... :)

Unknown said...

ima,

kita semua bersaudara .....

meramaikan saudara ada banyak manfaat dan pahala.

izan sayang dan kasih pada semua teman2 termasuk ima...:)

Unknown said...

k tie,

betul tu....

seboleh dapat, nak membahagiakan semua yang ada .... yang dekat disekeliling kita dan jauh, mudahan semuanya akan merasa nikmat bersaudara.....

Unknown said...

ku tak sempurna,

fitrah manusia ni berbagai2....

jadi kena pilihlah yg mana sesuai dengan diri/peribadi kita dan bgmn kita nak jadi... :o

Unknown said...

PakKaramu,

haitttttt.... arigatok... (huhu... betul ke pronounce nya tu...)

kita kena kasih mengasihi sesama saudara.... :)

Unknown said...

combi,

kerana "kasih" dan "sayang" kita memiliki perasaan sedemikian..... juga kerana ada sifat pengorbanan dan pengertian.

memang tidak boleh nak dibayangkan jika ia berlaku, hanya doa dan harapan kepada insan2 tersayang .....

"mudahan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi keceriaan sepanjang hayat" ...:)

Bro Framestone said...

orang sekarang nie mati meninggalkan hutang je he...23x

MohdHafizKamal said...

Itulah pentingnya kita menghargai seseorg atau sesuatu sebelum kehilangannya

Unknown said...

framestone,

aduh.... terkena kat hidung k zan.... harap2 dapat habiskan hutang sebelum tu.... huhu

Unknown said...

Mohd Hafiz Kamal,

kdg2 kita memang alpa meneliti perkara kecil....

Farid Rashidi said...

Salam,

Setiap manusia pasti akan menemui mati hatta pembesar negara sekalipun.

Kalau kelapangan jemput ke blog saya ya.. boleh bertukar pendapat dan link.

Unknown said...

Farid Rashidi,

setiap yang hidup pasti mati....

insyaAllah, saya akan datang melihat. terima kasih ...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter