Jom join izan

Thursday, July 2, 2009

Award dari Dina...............2.7.2009

Amboi.... cutenya..... award ni Dina..... rasa cam muda remaja lar puler........ makaseh Dina ingat jan kat sini untuk menerima award ni..... memang kelakar soalan yang kena dijawab .......


1.Pastikan jantina anda seorang perempuan
sejak azali mak abah ku dah sahkan ....... zan ni fomfuan.... :)

2.Copy badge sebagai award anda
zan letakkan disini untuk tatapan teman-teman....

3.Nyata 2 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan
i) memang tak da pilihan ..... buleh ke nak tukar...
ii) terpilih bagi melaksanakan tanggungjawab yang ditentukan sejak azali.... :)

4.Passkan award ni kepada girl friend anda
boPren leh tak... kekekeke.....



MARI ZAN BAWA BERJALAN KE BELAKANG RUMAH.....

Bila buka pintu belakang rumah aje pertama-tama yang zan nak telek ...... ini ler pokok pegaga. kalau buat ulam ngan kelapa pedas tu.... fuiyooo...


mana-mana zan semai aje benih jagung nih..... dapat 4 pokok aje... lepas semai benih tu... baki benih lain tak tahu zan dah buang mana.... jadinya dapat 4 pokok je.
ini lar membanyakkan kerja sabtu nanti... nak mengkalihkan ketempat yang senang dia membesar. kat dalam tu ada macam2 benih lain lagi.... ada cili besar, cili kecil, kailan... benih pokok nangka.... hahaha...



nampak tak tu ... kangkung.... esok dah besar zan nak bawak pindah dalam pagar... kalau idak jadi santapan cek Lem.... nanti.


haritu, zan cuti 6 hari..... jadi kurang cantik pokok kunyit zan ni.... tengah membaja semula biar gemuk dan hijau.

haaaa.... yang ni zan tengah perah akal dimana nak buatkan pancang .... ini pokok kacang panjang.... esok dah ada buah hari2 nasi goreng lar..... ekekeke...


yang dibawah ni pulak.... izan... mana dan nak cucuh aje.....
itu benih pokok peria kecil...... haaaa... nak kalih juga nanti tu... silap2 bunga tu yang zan kalih..

yang pokok dibelakang sana tu.... itu punyanya pak mentua....


Ini lar kerja yang menunggu sabtu ni..... pak mentua bagi 2 jenis kelapa untuk ditanam.... huhu... cik Lem suka nak kacau... mana nak tanam ni....


cuci mata meh......





14 comments :

KTS said...

seronoknya tgk pokok2 yg hijau tu... bukan je boleh makan hasilnya.. oksigen pun kita dapat.. :D

Anonymous said...

rajinnya izan bercucuk tanam...tak lama lagi boleh dapat hasil...seronoknya

echah_syed said...

green fingers rupanyer dia.. :)

CAHAYA said...

wah, tangan sejuk ni. kalau Cahaya tangan panas. tanam pokok bunga kertas pun mati. Huhu.

Anonymous said...

Amboi Zan... macam2 ada, hehe..

Nanti bila dah berbuah jagung tu, jangan lupa snap gambornya tau... harap2 tak jadi kemetot macam Tie punya dulu, ekekeke....

Kamsiah yusoff said...

hai izan..hobi kita sama la...

~PakKaramu~ said...

lA ADA KE TANAM JAGUNG DALAM TAYAR, APA LA

Unknown said...

ku tak sempurna,

bukan itu saja.... minda kita relax jer bila tengok hijau.... sejuk ajer..... memang tak boleh nak bayangkanlah dengan kata-kata..

Unknown said...

ima,

seronok2 aje, tengok jiran sebelah tu... k enon, rumah dia penuh pokok, zan suka.... tu yang bersemangat sama. k enon tu pun galakan juga... tu yang lagi naik semangat... :)

Unknown said...

combi,

hihihi..... buat isi masa lapang..

Unknown said...

cahaya,

boleh.... cahaya cuba lagi. kemudian rajin menyiram dan letak baja, mesti menjadi juga...

k zan ni kalau tak jadi .... huhu sampai jadi k zan cuba dan cuba... hihi

Unknown said...

k tie,

tu lar kata .... klu buleh sume nak ditanamnya hihihi...

yesss..... nanti zan snap kan. kalu dia berbuah. harap2 cek lem tak nampak supaya zan buleh merasa hasilnya.

Unknown said...

k kam,

seronok kan tengok hijau2 ni... sejuk mata memandang...

Unknown said...

Pak Karamu,

tunggu lar kita free nanti tukar atas batas nanti....

tapi nampak cantik ajer tu.... sah2 zan biarkan aje kat situ sampai berbuah .... hihihi...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter