Jom join izan

Wednesday, June 24, 2009

macam-macam punya cerita....

semalam abe balik dari kerja, dia tunjuk satu kad jemputan aqiqah dan cukur jambul.... ini haji shukor punya.....

apa yang menarik perhatian zan ialah..... haji shukor buat kad kepada para jemputan-zan tumpang seronok. almaklum lah izan ni datang dari kampung mana terfikir dapat jemputan untuk cukur jambul melalui kad. selalunya jemput dari mulut ke mulut atau melalui kertas biasa je. sebenarnya tak ada apa pun.... hihi, cuma nak cerita zan dapat jemputan cukur jambul. nanti esok bila giliran izan pulak, teringin jugak nak buat camgini. haa... kawan2 doakan aje ye.... :D
adik demam lar hari ni.... masuk hari ni dah 2 hari demam. sehari lepas bedey adik pegi camp sejak balik dari camp disekolah 3 hari 2 malam adik demam. Bila zan nak sayang2 adik .... adik kata "ibu, jangan lar dekat adik, nanti ibu demam"... zan jawab balik "tak pelar ibu demam...". adik jawab "tak nak ibu demam, tak best.... nanti ibu tak banyak cakap adik boring...... ibu asik tido nanti".....
ow ooo..... adik suka ibunya bising..... ye lar, dolu2 zan ni pendiam tak tipu... tak banyak cakap. tapi sejak adik ngan abang dah besar, zan jadi tarzan.... pegi depan zan menjerit... pegi belakang zan menjerit..... apa daknya semua nak kena suruh, semuanya nak kena tegur... kalau tak, tak buat.


wahai para ibu.... tanpa kita siapalah anak-anak. walaupun kadang-kadang anak-anak kita ni pening mendengar leteran kita. tapi rupanya anak-anak suka lihat kita ceria..... dia lebih sanggup melalui sakit daripada ibunya yang sakit..... hihihi... camane pulak ye kalau abah dia sakit...???? tak pa nanti zan tanya sekali lagi.... :D

8 comments :

julietchun said...

skang ni cukur jambul pun ada kad. bebudak selagi dorang tak tido selagi tu lah mulut kita tak berenti bergerak.

dina said...

wah, org nak buat cukur jambul pun ada kad ek skang...

jan, sila dtg blog aku, amek award ye!

Anonymous said...

Betul tu zan, sejak jadi ibu ni kak tie pun jadi tarzan... tapi sekarang dah kurang.. anak2 dah besar.

Anak2 dah terbiasa, asyik dengar suara kita. Kalau kita diam, mesti rasa tak selesa, he he..

CAHAYA said...

Bila dah besar ini, Cahaya suka kalau Mak borak ngan Cahaya. Berleter pun tak kisah. Bila dia senyap, Cahaya plak yg risau.

Unknown said...

julietchun,

sekarang banyak perkara menarik... kadang-kadang memang kita tertarik... anak2 ni memang suka kita buat exercise mulut....

Unknown said...

Dina,

skrg zaman semua boleh... lengkap barangnya semua leh jadi... mu tak teringin ke nak buat kad gitu na...

ada award ye... nanti jan datang ambik. makace...

Unknown said...

k tie,

hihi ... rasanya sume para ibu terpaksa jadi tarzan... kesian para ibu.... :D

tapi kalau kita tak bersuara sehari... rumah jadi malap... :)

Unknown said...

Cahaya,

betul tu... bila kita tak mulakan berbual.... anak2 pulak yang cari bahan berbual.... jadinya memang tak boleh nak diam. kemesraan terjalin.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter