Jom join izan

Monday, June 29, 2009

Cerita Kosong....

Inilar... sebabnya bila dah duduk sorang-sorang kat sini... ngan sape zan nak berbual. ngan laman kesayangan zan ni lar tempat bercerita. kot lar kawan-kawan sudi nak mendengar cerita...dekat setahun dah zan kat 'Alan Chua & Co' ni...... bermacam-macam zan hadapi. tak pe lah kita tinggal kan dulu cerita ni.......
itu mukadimah tak resmi... :D
Sesekali bila kita terjumpa atau berjumpa kawan-kawan lama atau kawan selalu kita jumpa.... apa yang kita akan tanya?
.... biasanya kalau kawan lama tu.... "wa... apa khabar, dah berapa orang anak. sihat ke?..... atau berbagai lagi. kalau berjumpa kawan-kawan yang dekat tu selalunya kita akan tanya "mana pergi, berapa hari ni tak nampak...." atau "lainnya rupa kau dari biasa..." dan bermacam-macam lagi pertanyaan ......
Ini ler...... semalam abe balik dari kedai dia cerita masa dikedai terjumpa dengan adik kawannya. Umurnya lingkungan 30 an. Abe kata dia tegur lar antaranya.... "haritu aku jumpa kau, badan kau gemuk lain (abe memang cakap terus terang... tak macam kita ada lindung2 sikit), kenapa hari ni kau nampak gemuk juga, tapi lain macam aje rupanya..... kau sakit ke?".... kawannya kata "kau macam tau-tau aje aku sakit...."...... abe tanya lagi "kau betul sakit.... sakit apa?".... kawannya jawab "aku kena kencing manis (diabetis) lar...." lar ye ker... macam mana kau tau (boleh dia tanya "macam mana kau tau...").... kawannya jawab "aku pergi check doktor minggu lepas..... abe kata badannya sama sekali berlainan dari sebelum. Cepat betul perubahannya.....
abe tanya lagi....."apa punca kau boleh kena ni.... muda-muda dah kena kencing manis".... jawabnya "aku suka minum coca cola.... itu lar yang aku ingat. sehari tak dapat gian aku...." sehari botol besar tak kiralah botol kecik ke besar ke memang itu je lar minuman aku......
nampak tak tu.... dari minuman bergas aje puncanya boleh mendatangkan penyakit. abe tanya lagi simpton2 lain. kata kawan abe...."mula-mula aku rasa badan letih-letih aje.... malas. malas nak buat semua perkara, kemudian makan pun tak selera"....
walhal awal bulan tadi, abe baru cerita kawan dia yang nama mat rock (nama betulnya sedap tapi.... nama panggilan ini je yang zan ingat) masuk hospital. kena kencing manis gak.... lupa nak tanya tahap berapa.... tapi kata abe seperti arwah mak yang mana kena buat suntikan sendiri. wadu....... ramainya yang kurang peka terhadap kesihatan. ini pun simptonnya serupa .... diantara yang famous .... simpton seperti diatas. nak tau apa kegemaran dia juga.... "MINUM COCA COLA"..... - umurnya pun dalam awal 30 an.
inilar yang diantara kalangan kita terleka bab kesihatan. kalau dulu orang kata, jika ibu atau ayah kita mempunyai penyakit sedemikian, maka peratusan anak-anak yang mungkin mempunyai penyakit sama... tinggi. Tapi sekarang, dah tak kira semuanya... akibat dari pemakanan yang tidak di jaga juga boleh mengundang sesiapa saja untuk menghidap penyakit tersebut.
Rata-rata mereka kebanyakkannya suka minum - minuman bergas. ini 2 diantaranya.... jagalah kesihatan sebab kita ada anak isteri/suami dan hidup pun hanya sekali. hargai apa yang Allah telah kurniakan .... dan berpada-pada. mudahan umur kita panjang dan boleh menikmati segala nikmat Tuhan dengan penuh kesempurnaan.
cegah sebelum parah ..... dan selalulah ambil berat tentang kesihatan. jangan dibiarkan dah teruk baru hendak ke hospital.

18 comments :

Dearie Pearls said...

hye kak...
thanks fpr sharin..

untuk minum2 minuman bergas nie, adik terkecuali tapi ntahlah kalau ada benda lain lagi..
adik memang xsuka ar. tapi 100 plus tu ada jugak kekadang. 100 plus pun xok ar kak..?

mintaklah dijauhkan..

julietchun said...

jiran kat rumah ni umur dlm 36-37 gitu, dah dipotong kakinya sampai paras lutu kerana kencing manis gak,dan dia pun cakap sbb byk minum coke masa dulu2.

CAHAYA said...

air gas memang tak elok. bukan kencing manis je. penyakit2 lain pun boleh singgah.

thanks for sharing kak izan.

Anonymous said...

Memang bahaya minum air gas ni... terlalu manis.

Kak tie minum gak, time raya, hehehe... Tapi kena selalu ingat.. kena minum air masak banyak2 setiap hari...

dina said...

betul jan, aritu pun aku kena saspek diabetis, sal suka minum coke la... camnilah...camnilah... hehehe... tapi alhamdulillah atas kesedaran segera, skang dah takde...

~PakKaramu~ said...

Salam,

Nak baik cepat ubatnya senang je, telan dengan botol sekali

AHMOI said...

ish..ish..mmg tak bagus sungguh minuman bergas ni..moi pun klu boleh memang mengelakkannya...

echah_syed said...

combi dulu masa pregnant kat anak dara combi suke minum air soya bean bole abis sekotak besar sekali minum..

pastu kat anak bujang pulak mengidam/ketagih air strawberry bergas yg sejuk giler dijual dlm KFC tuh..adehhh

mmg pening kepala huby sbb mende alah tu kan manis..asal ptg mesti nak singgah beli :(

tapi nasib tak lama dlm seminggu dua mcm gitu dah kepuasan kot terus takmoh lagi.. :D

ngader ekk org pregnant nih :p

~PakKaramu~ said...

Alah hai !

Parti arcopal tu parti orang pompuan, kalau masukpun bukan dapat apa hi hi hi

Unknown said...

LOL-Pearls,

kalau boleh elak.... kita elakkan. tapi sesekali memang nak juga. apa yang penting berpada-pada.... sebab sihat itu penting....

Unknown said...

julietchun,

itu lar yang paling ditakuti.... mudahan jaga kesihatan hendaknya... banyak perkara belum terlaksana lagi ni...

Unknown said...

cahaya,

tak apa... k zan ni takut sakit... jadi kengkadang perkara-perkara kecil ni memang kita terlepas pandang. boleh mendatang musibah besar jika tak diambil berat..

Unknown said...

k tie,

alamatlar..... setahun sekali kita kena pegi check di hospital.. memang time raya kita makan dan minum apa saja.... hihi :)

Unknown said...

Dina,

nasib cepat tahu..... kesihatan nak kena jaga..... banyak lagi yang perlu kita sudahkan.... terutamanya... probate, divorce, summons huhuhu....

Unknown said...

Pak karamu,

itu bukan suruh sembuh sihat walafiat..... itu dah diklasifikasi kes seksyen..... bonoh diwi..... huhu....

Unknown said...

ahmoi,

selagi boleh jauhkan, jgn kerap sangat minum minuman bergas.... kesannya adu yaiiii...

Unknown said...

combi,

ekekeke.... kalau ingat waktu itu, memang menyeronokkan. semua kita nak makan-minum. bab kfc....

memang terkenal....

sama lar kalau zan 1 hari mesti nak set penuh mc donald-yang double burger tu... dah lupa namanya. air plak... besar tinggi punya.... wuuuuu... nikmat betul dapat makan-minum masa tu....

sekarang dah kurang..... :)

Unknown said...

Pak karamu,

ekekekee...... okei lar tu, leh dpt untung apa.... buleh tambahkan pendapatan. cool ajer....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter