Jom join izan

Thursday, June 18, 2009

Apa agaknya ya......

Nak tanyalah pengalaman yang ada dari kawan-kawan mungkin sebagai bacaan atau pengetahuan buat adik-adik kita yang belum berumah tangga. sikit panduan je untuk mereka bukan bagi mereka yang dah berumah tangga ye.... hihi ..... cerita santai ajer.....
Oke....
Bagaimana anda "mengeksploitasikan" diri anda dalam mencari jodoh. kadang-kadang kita tak mahu melepaskan peluang, adakala kita buat yang terbaik untuk dilihat dan ada juga yang melakukan perkara tidak masuk akal.... janji aku dapat... haaaa....
nil lar bayangkan dekat SEOUL.... hampir 400 lelaki Korea Selatan memohon untuk berkahwin dengan seorang wanita jutawan yang mengiklankan hasratnya mencari pasangan hidup.
ini siap ada saringan untuk menjadikan kepada lapan orang sahaja.
waaaa..... dah lar permintaan (market) tinggi, boleh pilih lagi tu...
wanita jutawan tu siap bagi tau dalam iklan internet, dia ada harta berjumlah RM63 juta ..(ada sesiapa yang berkenan atau ada sesiapa yang rasa nak tiru cara wanita jutawan tu dak.....)
umur wanita jutawan tu 49 tahun, gara-gara terlalu sibuk bekerja mengumpul harta hingga terlupa untuk kebahagiaan diri sendiri....
yang best tu jejaka yang memohon tuk jadi suami dia tu umur bermula dari 26 tahun hingga 49 tahun. bayangkan yang muda pun berminat.... ish... ish... ish.... indahnya donia.... hihi..
rasa-rasalah..... sanggup ke kita mengalami keadaan sebegini....?
sebabnya ini soal hati dan perasaan juga keserasian abadi.....
agak-agaknya apalah yang bermain dalam pikiran wanita jutawan tu ye.... samada kehidupan yang sempurna atau semata-mata memenuhi syarat dalam borang .... status: berkahwin.
Harta dia dah banyak sangat... tak tau mana nak bagi... bagilar kat zan ni... kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan... amal jariah.... hihihi...

20 comments :

CAHAYA said...

Cahaya tak pasti Cahaya akan buat perkara yang sama kalau sampai umur 49thn masih tidak berjodoh. Tapi satu yang Cahaya tahu, wang ringgit tak boleh beli kebahagian. Beli rumah bahagia boleh la. :)

kuIna said...

jodoh pertemuan di tangan tuhan.. mgkin ini salh satu iktiar tp dgn mengoffer diri bersama2 dgn harta yg dimiliki tu dah lain dah.. itu nk cari publisiti... klu benar nk cari jodoh offfer diri udah la..

julietchun said...

siap ckp reta yg dia ada, mcm tak ikhlas je. dan lelaki yg mengoffer diri tu pun rasanya tak ikhlas gak.

~Cinta Cukulet~ said...

harta tanpa bahagia apalah ertinya uhuhuhuu

AHMOI said...

nampak sangat yang lelaki-lelaki tu gila duit dia jaaa..kalaulah lelaki yang jutawan...moi pun nak join sama..cz duit banyakkkk..hahhahaa

Unknown said...

Cahaya,

kita sebagai wanita melayu yang mempunyai tatasusila dan adab sopan jangan sesekali terlintas dalam hati buat cam tu ye..... :)

muga ketemu prince charming idaman.....

Unknown said...

kuina,

iye lar... agak2 kuina betul ke wanita tu jutawan, takut2 semua jejaka tu tertipu ajer.... hihi..:D

Unknown said...

julietchun,

bila gitu kita nampak lelaki materialistik....

sebenarnya tak ada beza pun lelaki maupun wanita....

hidup perlukan wang... tanpa wang kita tak boleh hidup .... hidup senang. itu lar jadinya....

Unknown said...

cinta cukulet....

romantiknya.....

betul tu kalau boleh dan ada rezeki kita nak dua-duanya sekali..

Unknown said...

ahmoi,

hihi.... kadang terlintas gak dihati tu.... itu kalau i bujang... hahaha......

apapun selalunya bila dah tertarik tu tak kiralar samada dia jutawan ataupun menawan kalau memang itu dah jodoh.... hihihi...

akak redha.... hihihi... (tak minat gitu.... minat cara semulajadi.... terjumpa dan bercinta)

Anonymous said...

Hmm... dulu... kak tie tak terfikir pun nak bercouple2 ni...atau berkahwin.

Kak tie cuma berkawan je, tu pun orang lain yang approach dulu. Tak de la sampai mengiklankan diri, heheh... malunya...

Catwoman said...

JODOH : Jangan Offer Diri, Offer Harta. Huhuhuhuhuu......

echah_syed said...

fikiran kita yg old fashion ni mmg ckp duit byk nak buat apa kalo tak bahagia..

tapi kalo izan tanya anak-anak skrg..adehhh

dorang ckp duit bole 'buat' bahagia sbb bole gi melancong,beli brg2 berjenama,bole itu,bole ini,bole,bole,bole semua bole..

duit dah byk ngape nak muram durja..mmg advanced dorang ni.

combi pun pernah gak terpikir..kalo duit dah berkapok2 biar jer laa huby nak kawin smpi cukup kuota sbb bole share kekayaan yg ada..setuju??

tapi lelaki yg BERIMAN takut kawin byk sbb nnt kat padang masyar bahu senget sebelah akibat tidak mentadbir poligami dgn adil & sempurna :)

atie said...

Camtulah ye....sohehlah orang tu nak hartanya kan....macam2

Dosz said...

org malaysia xdpt ke nak apply? hehe

Unknown said...

k tie,

hihi... haaa... buat adik-adik kita tu yea... tak usahlah mengiklankan diri. tak manis dan kurang bermakna.

k tie... dari mata turun ke hati kan. tahlah dia orang tu dari pc turun ke mata... lambat kan. sebenarnya guna pc lambat diterima...:D

Unknown said...

zyma...

offerlar kat k zan, buleh buat bayar hutang bank..... k zan dah mengah ni nak menghabiskan utang...

Unknown said...

combi,

anak2 kita ni memang advance... dia tau seronok banyak duit jer...

hemm... klu duit dah berkapok, biar suami cukupkan kuota... hemmm

setuju jugak... tapi biarlar tunggu duit kita dah berkapok.... :D

Unknown said...

atie,

nak buat camane... camtular dunia semakin maju..

Unknown said...

Dosz,

boleh gak kalu nak cobak... mana tau ada tuah kan, dia kata ini org malaysia comel...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter