Jom join izan

Tuesday, May 26, 2009

mengharungi kehidupan yang entah bila kesudahannya..


Jauhnya perjalanan luasnya pengalaman, penuhnya rintangan banyaknya pengetahuan........

Tetapi ilmu masih bak setitis air di lautan luas.....

hidup merentasi ranjau dan duri .... merentasi lautan dan benua

namun diri masih seperti tidak bertamadun......

penat dan lelah terasa...... tapi hidup harus diteruskan jua..

mencari akhir perjalanan yang abadi dan kesudahan yang diterima ....

***************************

Ada tak kengkawan yang sudi berkongsi/punya pengalaman berharga dalam menghadapi hari-hari dengan ceria dan bersemangat yang bak kita kata "fikir positif".............

izan nak juga tahu pengalaman berharga tersebut tak kiralah segi apa pun - boleh gak izan atau sesiapa jadikan panduan berguna.....atau sebagai tambahan pengetahuan...

16 comments :

julietchun said...

hidup ini mestilah ada pasang surutnya.Jadi, sediakan payung sebelum hujan, jgn jadi cam aku tetibe kena berlari2 emak sebab tetibe je ujan turun tadi.

KUNTONG said...

Sdri Izan:
Ucapan syukur kpd. Allah swt kerana kita diizinkan utk lahir di dunia ini, melalui ibubapa kita yg tercinta.Sprti yg dicatat dlm entri sdri...memanglah hidup ini tidak semuanya indah, dan tidak semuanya negatif. tetapi kenapa harus kita mengharungi situasi begini dalam hidup kita ? mengapa Allah swt tempatkan kita ke satu saluran hidup yang tidak 100 % kita sukai ? Pasti ada hikmahnya.Sebenarnya Allah menguji kita dengan cabaran-cabaran hidup begini.dan kita jangan lupa bahawa disebalik itu Allah juga memberikan kita satu senjata yang amat ampuh untuk kita hadapi situasi begini......dan senjata itu ialah IMAN.

Sekian dari Pak Cik....Tkasih.

echah_syed said...

alaa izan..combi pun mcm izan gak.ade masa hepi,sedeh,pilu,duka normal laa tu.

combi ni suka dgr radio..tak kisah ler chnl ape.kalo tidak mmg rasa boring jek.

lagi satu kalo rasa tensen atau stress sgt izan solat pastu doa sepenuh hati..insyaALLAH bila mengadu dgn yg esa sehingga sebak mengalir airmata kita akan rasa lega teramat sgt.

try buat..

Anonymous said...

Err.....Zan.... kak tie ada banyak pengalaman... bacalah di entry2 lepas kak tie tu... Yang sedih tu kak tie tak ceritakan sebab nanti ramai yang boring, tapi kalau Zan nak tahu, nanti kalau ada masa, kak tie boleh cerita dlm email...hehehe...

~Cinta Cukulet~ said...

hidup adalah gerak
dan gerak adalah maju
itu aje dari saya
sekian, hehehee :D

Eiba said...

Kak..dah namanya hidup kan...setiap perjalanan hidup kita memang satu pengalaman yang berharga..yang x mungkin dapat kita lupakan selamanya...

Alhamdulillah..ianya sungguh walau pahit, walau getir tetap ada suka dan ceria dalam hidup ini.... Mudahan ianya akan berterusan dan kita sama2 berjaya..InsyaAllah...

Anonymous said...

Eh...zan....

Kak tie dlm proses buat journal peribadi dlm blog... nanti bila dah settle, kak tie bagi zan alamatnya... bolehlah kita kongsi pengalaman sama2, ya...

Unknown said...

julietchun,

sekarang ni musim kemarau tetiba ujan lak ye.... tak boleh nak duga kan.... hihi :D

Unknown said...

pakcik kuntong...

jgn kata tak suka... kalau kata tak suka nanti org bilang tak bersyukur lak...

ye.... kena letakkan iman no. 1. baru kita kuat....

terima kasih mengingatkan....

Unknown said...

combi,

suka dengar radio juga ye...

namanya insan..... semua kena rasa barulah cukup... kan combi.

yea melalui doa.... kita rasa lebih tenang dan ceria.

Unknown said...

k tie,

nak dengar..nak dengar... nanti k tie citerkan kat email saya tu yea...

bila kita perhatikan sekeliling... sebenarnya ada yang lebih perit insan lain hadapi... dan kita hanya secebis aje..

Unknown said...

cinta cukulet,

terima kasih hahaha..... sukanya k zan. kan dah ketawa sakan ni...

gerak cepat... maju hidup.... hihi...

i like :D

Unknown said...

eiba,

betul tu..... apa pun berlaku ye.. kita semua mesti ceria dan menceriakan mereka yang hampir disekeliling kita.

Unknown said...

k tie,

waaa..... ini yang saya tak sabar nak lihat dan mencuba pula. dah rasa macam seronok aje...

saya sudi... saya nak... jangan lupakan saya ye bila dah siap nanti..

CAHAYA said...

Setiap kali Cahaya ada problem, Mak Cahaya akan cakap, Hidup ni memang banyak rintangan. Takkan selalu jalan lurus. Sekali sekala, nak jugak layan corner. Hehe.

Take care Kak izan. Jgn serik.

Unknown said...

cahaya,

nak kena pandai ikut arus ye...

ye... kadang-kadang terpaksa layan corner...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter