Jom join izan

Thursday, May 21, 2009

Masalah kita....

Ini masalah kita juga dan semua yang merasakannya ....... mendapat memo dilarang menunaikan tanggungjawab bersolat. apa nak jadi dengan donia..... uhhhh donia-donia ----- makin kejam dan menyeksakan.
sudahlah keadaan ekonomi yang gawat dan tidak menentu. pekerjaan semakin susah diperolehi sekalipun sebagai kerani kecil. bila dalam keadaan begini mesti kita rasa semakin terseksa........ simpati nasib mereka. banyak tanggungjawab dan keperluan yang perlu difikirkan ............... apakah jalan penyelesaian yang boleh diambil selain daripada meninggalkan pekerjaan tersebut malah dapat menunaikan solat dengan tenang.....


* Jika dah keterlaluan rasanya secara peribadi - lebih baik tinggalkan saja kerana rezeki berada dimana-mana.

20 comments :

singamaraja said...

Salam,

Tembak je, jangan lapor-lapor, bodoh macam telor

~Cinta Cukulet~ said...

betul tu rezeki dimana-mana..jgn kerana dunia tergadai agama :)

Unknown said...

singamaraja,

hik..hik..hik... kelakar - bodoh macam telor... baru ni jumpa ada ka :D

Unknown said...

cinta cukulet,

sekarang zaman gawat - majikan nak buang pekerja. bagai cara dia orang lakukan supaya kita berhenti tanpa pampasan.... - mungkin kot.

julietchun said...

dahlah skang ni zaman payah nak cari keje, depa ni tak berhati perut. lapor je kat jabatan buruh.

Unknown said...

slm....syarikat apa tu??????

Bro Framestone said...

kat mne nie ek...

cina kan kak

out of topic--> semut2 tue dtg mane kak... dtg kat akak ke?? mesti akak manis kan huhuu teu yg dorg berebut tue huhu

Dearie Pearls said...

Dear Sis..
sumtin happened..?
memang krg majikan nak kurangkan pekerja dia..
paling sedih notis last minutes and without pampasan..

nak cari duit kat ner dlm masa terdekat..
at least, notis 2/3 bulan..
nway, percaya kepada REZEKI ADA DI MANA-MANA..

Anonymous said...

Kak tie ada terima email gitu. Antor je ke TV3.... biar padan dengan muka majikan tu.

Mereka ni dah berani... konon2 kita takut. Tapi kita boleh solat masa rehat, kan.... kalau dikena tindakan baru boleh canang satu malaysia..ekekeke.....

Leenoh said...

Salam Izan.
Begitulah cara mereka menyingkirkan kita.
Hajat mereka supaya kita tinggalkan sektor tersebut dengan membuat sesuatu supaya kita tidak selesa lagi di situ.
Kita kenalah bersatu di dalam jamaah yang betul. Bersatu teguh bercerai roboh.

Unknown said...

julietchun,

kita ni mak menti - dorang tu gajoh... aduhaiiii pening memikirkan kerja zaman sekarang....

p/s: kalau terkena diri sendiri memang terkedu jugalah..

Unknown said...

Anak Pendang Sekeluarga,

syyyy!!!!.... syarikat apa tak leh gi tahu... nanti akak keluar tv dek..... huhu..

Unknown said...

framestone,

adatlah tu... bila lak framestone nak buka company leh gak nak isi borang... hihi

out of topic ----> akak manis - diabetic la tu.... huhu...:( - mintaklah dijauhkan.

Unknown said...

LotsOfLove-Pearls,

berhati-hati dalam pekerjaan zaman sekarang.

mudahan mendapat majikan yang budiman :D

Unknown said...

k tie,

betul tu..... masa rehatlah waktu yang selalu kelam kabut.

kadang2 zan makan tercekik2... huhu:(

Unknown said...

leenoh,

tu lar nasib orang kecil macam kita yang memang tak pandai nak membodek.... tak boleh jadikan satu budaya acara membodek nih... kalau boleh dijauhkan.... ini kerana kita nak segala sumber itu bersih....

Catwoman said...

A`kum K.Izan....
Itu bukan 1st company d M`sia yg buat perangai guphe gitu.
Actually, ada byk lagi - tp tak dihebohkan.

Ada company yg sediakan tmpt bersolat, tp pekerja pulak yg tak nak solat. Mcm mana tu??

Apa pun atasinya dgn cara bersolat di surau luar dr pjbt tu. At the same time, buat report di Jbtn Buruh.

Sy jg pernah alami situasi begini. Biasa la keje di tmpt bangsa mata sepet. Sy tgh bersolat, diaorg yg mata sepet ni lalu di hdpn ketika sy tgh bersolat.
Hanya Allah sj yg tahu.

Unknown said...

zyma,

tu lar... bila ada kemudahan ... terbiar gitu je..... kesian pada yang banyak halangan....

jangan persiakan segala kemudahan yang tersedia.... :)

Fadhli-Fadhilah said...

Melampau betul majikan camni. Bagitau Karam Singh walia tu pn ok...kalau Karam ni Islam, dah banyak pahala dia dapat. Byk dedahan beritanya dapat perhatian higher authority.

Apa2 pun, majikan camni perlu diajar....jgn kita 'redha' dgn x buat apa2. If tinggalkan jer pun, kene gak buat sesuatu...at least masih ada orang yg tinggal kat sana masih teraniaya.

Wallahu'alam.

Unknown said...

fadhy,

hihihi.... geramnya kan....

mudahan kita semua dijauhkan dari perkara yang mudarat.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter