Jom join izan

Monday, May 11, 2009

Award dari Pearls......11.5.2009

Zan terima pemberian award ini sekali lagi dari LotsOfLoves-Pearls. Ingatan yang diberikan melalui pemberian ini sangat dihargai. sebagai tanda kasih dan ingatan dari zan juga buat Pearls maka zan letakkan disini untuk tatapan teman-teman yang ada dan datang berziarah ketempat izan. Buat Pearls...."ingatan dan pemberian" ini sangat k zan hargai. namun begitu... syarat-syarat meletakkan award ini tidak dapat k zan buat kerana k zan berhasrat untuk meletakkan sebagai peribadi dan tidak dikongsikan bersama teman-teman yang lain....hihihi(kudukut nih..) Apapun pearls... k zan hargainya. Terima kasih.




10.5.2009 - diabadikan khas buat Harlina Buyung.




Tarikh termeterainya satu ikatan yang terjalin sekian lama - dengan doa dan harapan mudahan kekal ke anak cucu dan bahagia selalu.



Semoga tabah menghadapi dugaan dan rintangan - hidup perlu ceria dan ketawa diselangi sendu dan tangis sebagai pelengkapan asam garam kehidupan.




Ada rupa siapa yek.......... macam serupa seseorang...hihi...

Lihatlah yang sorang ni.... bila pulak lagiiiiiii.... wuppppssss.... kata nak diet....


Inilah diantara cara-cara berdiet.........kik kik kik...


Diantara tetamu kehormat.... "Selamat Hari Ibu" ... buat mak ..... dalam senyum ada tangis (adik kepada mak zan sedang berada di hospital .... ini yang kami semua rasa terharu)



Sebahagian tetamu... ibu kepada pengantin perempuan bertudung pink....



Antara tetamu yang menolong..... menolong tengok ajer...


Tetamu yang hadir.... makcik (mak mentua)



Tetamu-tetamu yang hadir..


Paginya diadakan majlis marhaban buat nisa..... anak kepada cek embun 1.... alar2 geremnya.



Sapelah yang tak sudah2 nak menumpang tu.... tumpanglah jangan mareee... hihi

17 comments :

naz ilyn said...

salam...
amboiii... bukan main seronok lagi tengok pengantin... muka pengantin tu macam sape ekk...

izan izan lyn nak mintak ampun bebanyak sebab lambat ucapkan Selamat Hari Ibu buat izan...

rupanya baru lyn tersedar terlupa addkan blog izan tu yang terlepas pandang... ni gara-gara tukar cat rumah aritu... maaf yer jangan marah nanti tak cun tau...

dengan rasa rendah dirinya lyn ucapkan SELAMAT HARI IBU BUAT izan moga terus tabah menggalas tanggung jawab dan sudi-sudikanlah ambil kad dan award kat blog lyn tau... ambik jangan tak ambik.

~Cinta Cukulet~ said...

seronoknya makan kenduri...huu

Anonymous said...

salam izan...
meriahnya kenduri tu...
pangantin tu adik izan ke?...

tahniah juga dapat award!!!

Selamat Hari Ibu juga buat izan...moga bahagia hingga keakhirnya.

Unknown said...

salam buat ilyn,

hihihi... zan cakap kat dia mcam amyza adnan (betulke).. pelakon tu.. :D

ilyn.... zan juga sama....(tak ape)

ilyn... blogmu selalu dalam ingatan.... hihihi :D no poblem. nanti kita datang ambik yek..

Unknown said...

cinta cukulet,

lama dah tak makan nasi minyak nih... minggu depan ada lagi - jangan maree :D

Unknown said...

ima,

adik sepupu... kami tak ramai adik beradik, tu yang agak rapat. tinggal pun dekat2... :D

terima kasih .... buat ima juga selamat menyambut hari ibu sedunia... :)

kuIna said...

time kenduri krndara lupakan diet tu... nanti sambung balik

mesti penat kan.. hujung bulan nie coti sekolah byk lg kenduri kan.

Unknown said...

kuIna LadyInRed,

tu lar sebabnya sblm smpi waktu kenduri dah diet dulu. bila time kenduri - balun habih... hihihi :D.

bulan ni bulan keluarga jadi raja sehari.... :D

echah_syed said...

izan..bole ler tambah sorang lagi ekeke :p

echah_syed said...

hepi mothers day izan.. :)

CAHAYA said...

:) Cute la baby tu.

Catwoman said...

Kak Izan....
Dah letih gigi ni ngunyah daging masak merah, daging masak hitam masa kenduri. Muka pun dh jd mcm daging....& berlemak. Huhuhuhu

Unknown said...

combi,

terima kasih ... :D

niat dihati tu lama dah ada.... tapi seorang je punya niat ... hihi :)

Unknown said...

cahaya,

geramkan tengok dia...

Unknown said...

zyma...

bila lagi .... lama akak tunggu niii.. hihi :)

ahad ni k zan makan lauk kenduri kawin lagii...

Anonymous said...

Ooo....best betul kenduri ni...bab makan2 memang meriah, hi hi...

Kenduri kat johor dapat makan nasik minyak. Dan kalau bernasib baik , nasik briayani lagi... Tapi di ganu,dan klate ni makan nasi puteh je...tapi makan juga..rezeki tak boleh ditolak, he he...

Unknown said...

k tie,

zan sama gak... apa saja tak tolak tambahan kalau bab makan2 ni.... suka :)

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter