Jom join izan

Monday, May 18, 2009

Award dari Naz Ilyn.....18.5.2009



Izan dapat Award yang menarik ini dari naz ilyn, terima kasih ilyn..... selalunya tanda ingatan yang diberikan oleh teman-teman buat izan memang mengundang rasa keharuan dijiwa.... "Selamat Hari Ibu" kepada semua para ibu samada yang selalu singgah diteratak izan mahupun sekadar menjenguk. mudahan anda semua menjadi ibu-ibu yang sentiasa berada dihati anak-anak yang dikasihi dan dihati bapa kepada anak-anak anda (hihi...)..... dan buat ibu yang menjadi ibu kepada kita... mudahan dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sihat dan mudahan kita semua senantiasa mendekati ibu-ibu kita kerana tanpa kita disaat penghujung usia mereka.... siapalah mereka.

lihatlah aktiviti anak-anak zan malam minggu..... selepas aje menziarah ibu saudara yang kini masih dirawat dihospital kemudiannya anak-anak tak mau pulang kerumah. puas memujuk abahnya supaya dibawakan berjalan... si abah yang keberatan kerana AF7 sudah ke penghujungnya untuk tahu siapakah juara..... terpaksa mengikut kerenah anak-anak dengan muka cemberutnya...hua haha....




Lepas berjalan-jalan di Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman - waktu nak balik tiba-tiba terserempak pula Imuda dan rakan-rakan buat persembahan ada 2-3 buah band, ada ekin AF3 - ada Haiza..... waaa lepak pulak kat situ sampai 10.30 malam. tanya abe... hilang dah ke marajok tak dapat nonton AF. tersengih-sengih abe menjawab... dahhhhh.... apataknya lepas diusik dek imuda ngan dangdut Haiza. sekadar mengisi mood ...... malam minggu.






Hari minggu pula.... zan kerumah kakak sepupu... ini sebelah abah zan.... haaaa... sini minang mari.... disebabkan abah ni adik bongsu... jadinya kebanyakkan kakak dan abang sepupu zan ramai yang dah bergelar datuk dan nenek (kalau lah dapat datuk dan datin... huhu).
yang menikah semalam kakak sepupu.... cuba lihat rupanya tu... caya tak umurnya dah 53 tahun. haaa... itulah umurnya... pertama kali bertemu jodoh.
kat sini zan round cari anak-anak sedara yang kebanyakkan dah jadi bapa dan mak orang. apatak nya umur lebih kurang aje. bila anak2 sedara nampak zan - semua datang mendekat... teruslah zan menjerit... weiiii..... apasal dah lain rupa... yang sorang ni lain yang itu lain (yang lelaki berjambang... huhu kurang encem dari dulu tapi tetap macho... yang perempuan... seperti selalu mantain-hihihi...)... dia orang jawab apa... dah tuaaaaa..... zan jawab "habis kalau korang dah tua acik ijan ni apa... dah gaik ganyut.. korang memang mengganyut acik ijan". rupanya cucu sedara aje dah ada lebih dari 10 orang dan comel-comel belaka.


Inilah diantara tetamu yang hadir........

20 comments :

Anonymous said...

Ramai juga sedara zan, ya... anak sedara pun dah besar2... he he... takpe, mak sedara masih glamour lagi...he he...

Dearie Pearls said...

Hye Kak..
Sihat?

Mmm..
lama pulak dik xberkunjung kat sini..

Banyak award..
hehhe..
Happy belated Mother's day to kak..

**banyakknya aktiviti..
hehe..

Cheers!

naz ilyn said...

salam...
amboiii seronoknye izan... keluarga izan dan berkembang semuanya dah beranak penak seronok dan meriah sesekali bertemu macam tak sangka gitu tp izan tetap menten...

atie said...

Samalah kita izan, sekarang ni cucu dah 6 tau hihi

~Cinta Cukulet~ said...

wah..layan haiza berdandut eh hehee

CAHAYA said...

Haiza makin cantik!

KTS said...

huuuiiihhh...

meriahnya kenduri... maklumlah.. anak dara wlaupun 53 kan..

seemoga berbahagia lah hendaknya :D

Unknown said...

k tie,

hihi... k tie memang pandai memujok.. i like it... :D

Unknown said...

Pearls,

k zan tak sihat lagi dah 2 hari ni... apapun... masih boleh cenyum lagi...

terima kasih ....

Unknown said...

ilyn,

hihi... tu lar bila ingat masa lalu... kelakar pun ada.

terima kasih atas pujian memujok itu.... cucu dah ramai ni - rupanya... :D

Unknown said...

atie,

andalah peneman ku.... hihi - kita serupa....

Unknown said...

cinta cukulet,

tu lar k zan tengok dia buat goyang gerudi... abe sebelah layannn..... :( tak bekedip.. huhu..

Unknown said...

cahaya,

iya... lain muka dia sekarang. nampak manis ....

Unknown said...

ku tak sempurna,

yeah meriah :D

.... Alhamdulillah... lama sngt dah menjaga ibu dan bapa sehingga terlupa seketika kepentingan sendiri.... kesian dia.. walau dah 53 masih anak dara u...

kita sama2 mendoakan moga diberi kebahagiaan hingga akhir hayat...

dina said...

53 jan? unbelieveble... cam muda jek

Bro Framestone said...

out of topic--> flu ek kak.. bukan flu influenza tue ke?? he..23x tnye epf tue huhu

wasiat pakai mulut pun boleh..terutama tang tggjwab la.. tang harta biar la yg bertulis huhuhu

Unknown said...

dina,

percayalah.....

Unknown said...

framestone,

jauhkanlah dari flu itew.... takut2nnti semua yg ke blog k zan dikuarantinkan termasuklah kamu... hihi....

wasiat mulut org buleh cantas.... lebih baik ditulis tak buleh lari da... huhu... (itu sume 'anna' yang punya haha...:D)

kuIna said...

sy dok umah pun x tgk AF...

Unknown said...

kuIna LadyInRed,

zan tak pernah minat AF....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter