Jom join izan

Monday, April 20, 2009

Sambal goreng sotong....


Ini nak tunjuk gambar menu izan hari sabtu tadi. lawa tak rupanya... hihihi..
kalau nak tahu abe cukup suka kalau zan masak lauk itu, sambal goreng sotong. adik ika pun suka tapi dia tak suka tang sesungutnya - tiap kali nak bagi sesungutnya dia akan kata "eeeiiii taknak kepala kurita" ... manakala si bujang pula kurang suka.
selalunya kalau zan masak sekor2 ni ada sebab. sebab utamanya ada telur sotong.... kalau dah gitu makan mesti berebut... berebutkan isiperut sotong. buleh tu... kalau si bujang selalunya isi perut dia punya part... pelik dia ni. orang makan sotongnya sekali dia tak minat cuma makan isi dalamnya aje.
apapun, rasanya yang manis... ditambah pedas sambal goreng... kenakan dengan kailan ikan masin. nasi panas pun rasa sejukkk aje..hihi.
nak resipinya ke.... hihi zan bagi ajelah ye..
Bahan A.
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
sedikit air mineral
(digiling kesemuanya)
Bahan B
8 ekor sotong sederhana besar.
(digoreng terlebih dahulu bersama api sederhana)
minyak masak
1/4 asam keping
sedikit garam
sedikit msg
sedikit air mineral
Caranya:
panaskan minyak didalam kuali. tuangkan bahan giling kesemuanya. guna api sederhana besar dan kacau hingga agak garing. kemudian masukkan sedikit air mineral, sedikit garam, sedikit msg dan 1/4 asam keping kacau hingga rata. seterusnya masukkan kesemua sotong (yang telah digoreng terlebih dahulu) dan kacau sehingga sebati. kecil kan api dah biarkan sehingga pecah minyak. kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.


**********************************************************
mengapa kadang-kadang kita jadi seorang yang sangat "sensitif" pada satu-satu perkara yang pada halnya adalah biasa sahaja.

16 comments :

Anonymous said...

Adoi zan.....!!

Kak tie dah kempunan ni...hu hu... Tak kira la, seekor2 ke atau potong2 ke...memang sedap sangat tu...Ooo...kalau makan dengan nasi panas2 memang sah tak boleh bangun!!

Zan...hulur sepinggan, ek....hu hu...

dina said...

jan, kalau aku kan sesungut sotong tu memang kena tebas sampai tinggal tunggul...huhuhu... kalau tak memang aku terbayangkan sesuatu dari sesungut tu... ntah kenapa...

Anonymous said...

Oooo....lupa lak bab sensitif tu... Kak tie pun kekadang gitu gak !

Agaknya dah nak masuk klasik, jadi mudah sangat terasa hati. Toksahlah sensitif sangat, nanti jadi tingtong macam kak tie...ekekekeke.........

julietchun said...

aku bubuh air paip jek.

Datin El said...

salam kenal izan..memang cantik sotong awak tu..rasanya mesti sedapkan...emm terpaksa lap bibir ni.

Anonymous said...

wah izan ini pun kegemaran ima juga...terasa sampai kat sini kesedapannya,itu yang tak tahan tu....

ima dh lama tak masak sambal stng...sebab ada anak yg seorg tu,pantang tengok lauk colour merah...terus tak nak sentuh..kalau masak sotong,goreng kunyit je...tapi sedap juga tau!

klu sotong yg ada telur kt umah ni hanya ima dan hubby je yg berebut...hehe memang suka sgt.

CAHAYA said...

Kadang2 memang perkara itu nampak kecil di mata orang lain, tapi besar di hati kita. Maybe sebab tu kot terasa hati.

p/s: Sambal sotong ni nampak mengancam jiwa.

Unknown said...

k tie,

camane ni baru nmpk gmbrnya dah sakit - "Adoi"... belum makan lagi hihi :D

k tie kena cuci mata jer... lauknya dah langsai...

Unknown said...

dina,

rugi-rugi.... itu lah yang sedap :D

Unknown said...

k tie,

baik k tie, mood tersentap tu susah nak datang - tapi sekali datang... haruuu... :(

~Cinta Cukulet~ said...

bestnya...huihh meleh ayaq liur nih hehe

Unknown said...

julietchun,

izan dah upgrade air tu .... hahaha. :D

Unknown said...

Datin El,

salam kenal juga...

sedap tu ... cuba buat mesti len kali nak buat lagi ... :D

Unknown said...

Ima,

lomantik nyer.... hihi :D

kalau mak mentua zan kan bila dia taknak ada kaler merah tu... dia lucutkannya kulit sotong tu... kik kik kik...

sedapkan ima sambal sotong ni.... aduuu zan pulak kecur lagi.. :D

Unknown said...

cahaya,

yesss.... itu jawapannya. ini besa lar.....

k zan pun tengah lapar ni.... tak sabar waktu makan tengahari...

Unknown said...

cinta cukulet,

kita pun rasa best jugak... tengah lapar ni terbayang balik sambal sotong... nasi panas2.... huhu lapar lar... :(

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter