Hari ni berkenan dengan tajuk - kemahiran mudahkan peluang pekerjaan....
bagi izan pula... tak perlu bersaing untuk mendapatkan sesuatu perkara sekiranya kita memang sudah mempunyai kelebihan atau kemahiran. kita cuma melaksanakan kemahiran yang ada dengan yakin...
bagi izan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi cuma setakat lepasan SPM rasanya izan bersetuju dan menyokong penuh bahawa peluang pekerjaan kini lebih terbuka luas kepada individu yang mempunyai kemahiran walau tanpa kelulusan yang tinggi.
izan juga bersetuju jika lepasan sekolah mencari kemahiran dalam pekerjaan dan jika mempunyai niat untuk menyambung pelajaran boleh diteruskan samada mengambil inisiatif bekerja sambil belajar atau bercuti tanpa gaji untuk tempoh tertentu bagi meneruskan pelajaran. sekurang-kurangnya individu tersebut telah mempunyai pekerjaan tetap dan tidak gusar kerana tidak memperolehi pekerjaan selepas sekian lama menumpukan perhatian kepada pelajaran.
pagi ini juga izan ada terdengar seorang pemanggil ke satu stesyen radio yang mana dalam pendapatnya berkata yang dia berjaya memperolehi pekerjaan walaupun sewaktu di institusi tinggi tersebut dia tidak belajar bersungguh-sungguh malah meniru. dan berbangga dengan situasi yang dilaluinya...
tahu tak apa yang sedang izan fikirkan..... dan ada sesiapa yang boleh mengubah corak pemikiran dan penerimaan izan tentang hal begini.....
22 comments :
Ilmu tu boleh diperoleh dalam pelbagai cara. Kalau tak boleh dlm akademik, tentu dlm bidang kemahiran.
Pekerjaan apa2 pun perlukan kemahiran. Sijil tu satu bonus.
Errk.....itu je laa... hari ni asyik abis idea je...he he...
k tie,
yelar... janji bagaimana cara kita untuk majukan diri atau memperolehi satu2 ilmu.
kdg ada perkara yang melemahkan semangat kita (sbg ibu bapa) -seperti cara pemanggil tu bagi komen. kalau lah dengar dek anak2 kita atau diikut cara gitu..... bagaimanalah nak maju orang kita ni kan.
Salam.
Saya kagum dengan orang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu kerja
leenoh,
izan juga begitu.........
Kak..saya pemegang diploma mekatronik, tapi saya bekerja dalam bidang yg saya amik tu hanya bertahan 3 tahun lebih..selepas itu saya amik diploma dalam bidang pengurusan hingga kini saya bekerja dibahagian admin...
Apa pun pekerjaan kak..pengalaman yang penting..sijil tu???? Kadang2 x der apa makna pun...yer laa.. kat IPT..untuk lulus...mcm2 yang mereka lakukan...(pendapat peribadi) apa tak nya yg bagi lulus tu kan...pensyarah sendiri... bukan susah pun...hehehehehehe....
eiba,
k zan juga punya pikiran gitu bila terdengar kata2 si pemanggil radio.
tapi kwn debat k zan kata, sijil tu utk kita cepat berada diatas. tanpa sijil kita boleh mencapai kejayaan dlm hidup cuma perjalanannya penuh onak dan duri.. .
tapi k zan rasa biar penuh onak dan duri kita lebih menghargai hidup.
selepas melihat pendapat peribadi eiba k zan lebih berat kepada kemahiran ... dan sijil untuk melengkapkan syarat... terima kasih eiba
Salam sis..
Skills sangat penting..
Jika bab tiru meniru nie tipu jerk. kebolehan sebenar ada dlm diri kita. Jika seseorg tu berjaya coz of tiru jer, rasanya kejayaan tu xkan lama.
tapi jika dlm skills seseorg tu boleh tahan, itu antara pakej dan tiket yg mencerahkan peluangnya utk berjaya.
Kebijaksanaan seseorg bukan hanya pada segulung sijil.
p/s:
Kak..
sorry for da late inform..
LOL nak g tau yg LOL seorang Christian. Serba salah LOL bila kak beri salam..
yang penting rajin dan usaha..kalau ada sijil tinggi melangit pun kalau malas usaha tak guna jugak huhu
LotsOfLove-Pearls,
betul tu... ada skills yang utama, pelajaran untuk melengkapkan. - untuk kita melangkah lebih jauh lagi.
p/s: terimakasih memberitahu... apapun kita semua harmoni dan ceria.
cinta cukulet,
ye lar... huhu...
napelah masih keliru kan....
pelajaran adalah jambatan untuk kita kesesuatu destinasi...
A`kum Cikgu Izan.Ehhh,silap la..Kak Izan.
Sebenarnya akademik & kemahiran saling diperlukan pada zaman sekarang.
Orang tempatan yg ada kelulusan tinggi (Diploma @ Ijazah) masih lagi menganggur.Ada pula yg memilih kerjaya setanding dgn kelulusan akademik, walhal pengalaman kerja masih lg cetek @ kurang. Ada pulak yg tgk pd GAJI (kalau ditawar dgn gaji yg TINGGI @ MAHAL, baru la nak keje. Kalau gaji RENDAH,sebelah mata pun tak pandang). Walaupun bukan semua yg bersikap begini, namun masih ramai yg berfikiran seumpama itu.
Sy yg ada "Professional Degree" dlm ACCA pun masih belajar KEMAHIRAN (gunting rambut,make-up pengantin,memasak untuk berniaga, jahit manik2 utk baju pengantin & sebagainya).
Bagi sy kemahiran itu sebenarnya dpt generate income yg lumayan. Baik utk family mahupun diri sendiri.
Zaman gawat begini,sebaiknya carilah ilmu kemahiran.
Sy & Hubby akan attnd program keusahawanan (Pertanian, Peruncitan & Pemborong). Dlm perncangan nak kembangkan lg sayap perniagaan. Jom Kak Izan...kita berniaga. Tambah duit saku.
Apa yg sy tuliskan ni adalah berdasarkan pendapat sy. Sy fikir ini adalah untuk "long-term".
Izan,
kejujuran dan keikhlasan itu menjamin pendapatan rezeki yang halal........ apa pun pekerjaan kita...itu taklah penting sangat....tapi...keadaan rezeki itu yang penting...... HALAL.....
zyma,
klu k zan jd cikgu... kelas huru hara wooo..
dengan penerangan panjang lebar dari zyma dan semua yang sudi.... k zan rasa tahu apa yang patut dilakukan dan tidak perlu keterlaluan dalam mengharap sesuatu. TETAPI jika menjadi kenyataan.... itulah bonus buat k zan. terima kasih.
jommmmmmm...... k zan pun minat gak berniaga. tapi tiada sokongan padu dari tersayang...hihi... zyma berdua teruskan perjuangan... mudahan beroleh kejayaan. Insyaallah jika ada peluang di masa akan datang.... k zan akan cuba juga.
chekdee,
ya betul... jujur dan ikhlas dalam membuat satu2 pekerjaan dan juga minat.
HALAL... tuntutan.
ya... kadang2 jurusan yang dipelajari tidak menjamin dalam pekerjaan yang sama mungkin jauh berbeza.
terima kasih chekdee....
anak2 skrg lain pemikiran dorang..
ade yg ckp study mcm nak pecah kepala tapi bila keje gaji sama jer dgn course yg tak payah nak study giler..mcmane tu??
ape yg kita study kdg2 tak kena mengena lansung dgn bidang kerjaya kita..betul tak?
yg penting ade keja yg bole menampung kehidupan.
combi,
betul tu.... masalah ni bukan besar. cuma anak izan bilang... "cikgu beritahu, zaman sekarang kemahiran perlu. pilih apa kemahiran yang awak nak. pelajar kurang penting..."
jika pelajaran kurang penting kenapa kita hantar anak2 kesekolah. jika para guru berhasrat untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk terus berjuang dalam apa kategori pun jgan beritahu terus kepada semua murid2 kerana mereka dengan lurus mengikut apa kata guru2 mereka.
kita sebagai ibu bapa kena mencari inisiatif untuk menyedarkan anak2 betapa ilmu itu sebagai jambatan penyambung utk kesesuatu destinasi.
inilah antara cabaran terpaksa izan hadapi.......
kemudian apabila izan terbaca artikel di Harian Metro dan melalui panggilan radio tersebut... menjadikan izan terpaksa membenarkan senario tersebut.
apa yang izan harapkan mudahan dengan pendapat dan pengetahuan kawan-kawan yang ada dapat memberi panduan izan sebagai ibu untuk mencorakkan kehidupan anak-anak zaman ini dan bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.
Terima kasih...
ayat pertama turun : Iqra' - bacalah...
maknanya... plg utama adalah ilmu...
tapiiii..... jgn salah faham... ilmu bukan bermaksud kita punya ijazah berkeping2... bukan... ilmu boleh juga diperolehi berdasarkan pengalaman..
dgn budak2 kecik pun, kita boleh dapat ilmu...
ilmu itu luas...
rezeki di tgn Allah... yg penting, usaha..
sekian tazkirah utk hari ini...
hik hik hik :D
ku tak sempurna,
iye la... izan lupa dengan maksud iqra'. kenapala izan boleh terkeluar landasan. risau sedikit aje... dah tak boleh nak berfikir/terkejut. terima kasih sebab mengingatkan.
terima kasih beri takzirah hari ini.. :D
ima pernah terbaca bahawa 80% kejayaan seseorang bergantung kepada creativity, inisiatif dan kemahiran berkomunikasi, Cuma 20% bergantung kepada paper.
Ima,
zan setuju dgn pendapat ima....
sekarang ni kebanyakkan majikan demand kepada individu yg mempunyai kemahiran berbanding sijil dari pengajian tinggi.
sijil yg dtg dari pengajian tinggi juga tidak menjamin individu untuk mempunyai tangga gaji teratas berbanding mereka yang mempunyai kemahiran dan memulakan pekerjaan awal.
aduuuu..... (mengeluh niii...)
sbg "orang tua".... kena cepat berfikir ke hadapan untuk menghadapi kerenah anak-anak supaya boleh memberi panduan berguna kepada mereka.
aku ade gak kenal org yg meniru time studi pastu dpt keje. masa keje die sakit gile.. sbb? susah la nak perform. mmg die kena stay back sokmo tuk siap keje.
ade juga org kata kalo meniru time exam nanti sijil x berkat.. pastu bile dpt keje dgn sijil tu akan dpt rezki haram.. tu takut nak tiru masa exam.
the unknown,
tu lar yang kita takut...
apapun kan .... masa lepas biarkan lepas. bila dah punya pekerjaan yg bagus, perbaikilah diri dan bertaubat... kerana diberi peluang dan kesempatan merubah.
Post a Comment