Jom join izan

Wednesday, April 8, 2009

Adik.......

Seawal jam 5.45 pagi, sanggup adik bangun semata-mata nak bersiap. semangat nak bertanding berkobar-kobar. Dalam seminggu ... hari-hari adik ingatkan tak kira waktu... "ibu, hari rabu gosok tudung hitam, baju dan seluar". Hari ni ada pertandingan di luar kawasan - di Batang Kali, Selangor.
kadang-kadang kaki belum sampai lagi kat lantai.... itulah kata-kata yang diulang - yang si ibu pun jawab "ye lar... ibu buat. dah penat dengar hari-hari, tau ibu buat"...... haaaa... gitulah cerewetnya si adik ni.....
malam tadi adik pesan make up kan muka, letak gincu dengan bedak "kompek". ibunya bedak "kompek" pun takda. si adik... awal-awal dah ajak abahnya pegi kedai beli bedak "kompek" yang baru. yang ada 2 - 3 jenis tu dah tak nak pakai .. dah lama. aduuhai... si gadis kecil dah ada bedak "kompek" gitu.. anakku..
haaa... ni lar dapat snap di subuh hari...
adik ni tak taulah dia ikut sape aktif ... nak kata ikut abahnya... takda lar... ikut ibu dia ... hihi lagi lar jauh sesangat - sstttt.. kalau boleh semua dia cuba, macam boria, hafazan, qariah dan macam-macamlah.... tak menang pun tak apa janji dia nak cuba juga.
si adik ni ada satu yang dia suka tanya - kalau buat sesuatu yang dia rasa dapat membanggakan ibu atau abah dia.... dia akan letak tangan diperut ibunya dulu, lepas tu dia tanya... "perut ibu sejuk tak..." bila ibunya tanya apa adik dapat harini... haaa... dia pun cerita lah dengan bermacam cerita perjalanan hari itu.
pagi ni dia pesan kat ibu dia.."ibu doakan adik yer...." lepas tu dia tunggu ibunya jawab "iye... ibu doakan sayang".... paling dia suka ibunya jawab macam tu, haaa... dia pun senyum lebar sampai ke sekolah.

32 comments :

Dearie Pearls said...

..then i miss ma mum bila baca cerita nie..

bagus adik aktif disekolah..
nanti boleh diaplikasikan dlm perjalanannya yg masih jauh.

kat U lagi mencabar.

Gud luck utk adik..

dina said...

ni anak ijan yg keberapa?

Unknown said...

LotsOfLove-Pearls,

hihi... janganla gitu. sikap adik memang macam tu..

terima kasih doa itu, mudahan adik terus berjaya insyaallah.

Unknown said...

Dina,

anak bongsu jan tu... no. 2 hihi..

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Unknown said...

Anak Pendang Sekeluarga,

terima kasih... sangat berbesar hati.

Insyaallah, saya akan sampai juga ke tempat anda.

jauh perjalanan luas pengalaman...Insyaallah.

KUNTONG said...

Syukur ada anak mcm tu, sejuk perut ibu mengandung. Pak Cik doakan agar 'adik' berjaya dalam pelajaran, dan jgn lupa solat dan hormat dan sayang pada ayah dan ibu ya,semoga jadi anak yg solehah. Aaaminnn.
Pak Cik Kuntong.

Tie said...

Ada iras2 rupa zan laa.... he he...anak bongsu mesti manja sket. Moga2 dia berjaya nanti... :)

Unknown said...

Amin..

Pakcik Kuntong,

terima kasih... insyaallah.

mudahan berterusan hendaknya.

Unknown said...

k tie,

hihi... manja sikit jer, nanti si abang cemburu lak... 2 - 2 sama rata.

rupa zan ke... abahnya kata rupa dia.. (tak mo kalah ngan awex dia ni)

terima kasih k tie...

Eiba said...

Aktif kan??? Best kalau dapat anak2 yang aktif...eiba pun suka..sebab anak2 eiba pun aktif gakss...

Kak..jom kita piknik yok...jangan memalu kak..sekarang air laut cantik...biru...hadoiii..memang indah kak...

~Cinta Cukulet~ said...

sejuk perut akak kan hehe...bagus la anak akak aktif..saya dulu..dok diam he hikhikhik

nita said...

kekadang neh kan dengar coletah anak2.. terhibur dgn keletah depa.. kita yg tensen pon leh tersenyum lega..

echah_syed said...

tahniah.. wahh sgt aktif :)

anak bujang combi dah hitam melegam sbb latihan kadet utk pertandingan minggu dpn.kesian combi tgk :(

tapi dia minat sgt..walopun muka dah berkilat.

maza said...

erk! memang dahsyat budak sorg nie....hehehe

nasib baik ibunya rajin melayan..

tapi tentang aktif mahu diceburinya semua harus diberikan sedikit perhatianlah!

Sedari mula harus dilatih dgn iman yg syumul...

maza teringatkan satu tragedi yg sempat dirakamkan di sini
http://mazaaida.blog.friendster.com/2008/12/di-sebuah-perhentian-bas/


"Di satu sudut kedai di seberang jalan sana. saya lihat sekumpulan keluarga. Empat batang tubuh kesemuanya. Si ayah, ibu dan sepasang kanak-kanak.

Anak lelaki itu rasanya dalam lingkungan lima tahun. Manakala anak perempuan pula sekitar empat atau tiga tahun.

Apa yang menarik perhatian saya adalah anak lelaki lengkap berpakaian kemas dan berkupiah.

Dan yang perempuan itu pula siap bertudung labuh; pakaian litup menutupi tubuh kecilnya.

Saya senyum sendirian, lalu terkenangkan kata-kata mak cik tadi."

Bro Framestone said...

ala comeynye.. anak sedara bro nie..same cam mak die he..23x (sejak bile jd anak sedara pun entah la kan)

Unknown said...

eiba,

best la tempat peranginan kawasan eiba.... rasa macam dah sampai situ..

kadang suka tengok masa anak2 terisi dengan aktiviti begitu...

Unknown said...

cinta cukulet,

kita geng lar... dari dalam perut kita duk diam aje.. hihihi....

camane tah ye kena kat anak tak tau duk diam...

Unknown said...

sis nita,

kadang tu bila telebih celoteh... zan tido... dia punya marah tak dengar citer dia...

geremm aje dia tengok ibu dia... hihi

Unknown said...

combi,

tu lar..... anak2 sekarang aktif betul. kadang dilarang pun... dia nak juga.

tapi yang baik kita galakkan, yang tak baik kita beri panduan..

Unknown said...

maza,

anak zan yang ni pun ada perangai 3/4 juga... warisan ... hihi

apa saja yang menjadi impian ibu-bapa semua, itu la yang diharapkan...

nanti la nak jalan juga ke situ .. agaknya apala citernya ye.

napela maza senyum sorang2 agaknya....

Unknown said...

framestone,

wamoi.... budek la yer...

nak mintak belanja lah tu... amin... bertambah sedara si adik.

Catwoman said...

Comei nya anak dara Akak ye.
Nak pinjam,boleh?
Nak bawa jalan2..makan angin.
Hikhikhik

CAHAYA said...

chomela la. Good luck Adik! :)

naz ilyn said...

salam...
comelnya anak izan... suka berceloteh yer... berapa umur adik tu zan... bukan main aktif lagi baguslah kalau ada semangat untuk mencuba... dah pandai nak melawa anak gadis mu izan... lepas ni ibu dia kena beralah lah... yang paling lyn suka bila dia minta izan doakan... seharusnya menjadi amalan semua anak-anak minta ibubapa mendoakan mereka ketika mereka menghadapi saat yang penting walaupun setiap hari kita sentiasa mendoakan mereka...

Unknown said...

zyma,

tak buleh pinjam... sori haaa...

bawak jalan yer... angkutlah dengan maknya sekali....!!!

Unknown said...

cahaya,

amin... nakal juga tu..

Unknown said...

ilyn,

umur adik 11 tahun. sesangat kuat celoteh ikut abahnya..

ada je aktiviti, kalau di rumah pun gitu... tak tau duk diam.

ada seseperkara tu... dari ilham dirinya sendiri... :)

Anonymous said...

wah bertuah nya dpt anak yg baik dan comel pulak tu...
adik ni sama ngan anak saya yg no3,kalau boleh semua dia nak masuk...tak menang pun tak pe,janji dia puas...

saya link blog izan ye...

Unknown said...

ima,

Alhamdulillah... mudahan sampai bila2 begitulah hendaknya.

tu lar... dengan aktiviti begini mudahan bila besar nanti minda dia akan terbuka apabila berada dikalangan masyarakat dan pandai membawa diri... itu harapan.

terima kasih ... nanti izan buatkan juga utk ima ya.

AHMOI said...

fuh..semangatnya..bagus2...moi dulu pun cam adik gak. Sejak sekolah rendah dah jalan merata ikut sekolah..pertandingan pun macam-macam masuk...tapi kena imbangkan sama dengan pelajaran..tu lagiiiiii...penting.

Unknown said...

Ahmoi....

seronoknya pengalaman...

k zan dulu tak ada pengalaman sebegitu. duk diam2 aje... kat sekolah ke kat rumah ke...

ye betul tu ... tanpa pelajaran kita susah nak melangkah. insyaallah mudahan adik akan berjaya seperti yang diidamkan.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter