Jom join izan

Wednesday, February 4, 2009

Millenium lagi......

Sajalah nak bual-bual kosong kat laman ni....nak cerita, ada satu hari tu zan pergi Bank. Perjalanan nak sampai ke pintu bank pada masa yang sama adalah seorang lelaki pun nak masuk ke bank juga. Raut wajah "babe face" ini... memang kadang kala ada terserempak tak lokek senyum tapi berat mulut. Tapi memang boleh agak ni memang kawan masa sekolah rendah dulu. Adatlah.... bila masing-masing dah berumah-tangga dan punya urusan masing-masing, kawan sekolah/lama adalah dalam list menunggu dan bukan yang pertama jadinya memang tak jumpa.
Berbalik pada cerita tadi, bila dah masuk sama kat depan mesin ATM tu, zan bagi lah peluang dia keluarkan dulu.. almaklumlah..malu nanti dia nampak pula amoun zan yang ciput tu ... mana lah tau. lepas aje dia keluarkan duit dia pun pusing mengadap zan kemudian senyum. izan ni pun ringankanlah mulut ambik peluang tanya betul ke .... zan sebutlah nama dia, - jawab dia ...betullah tuuu.
zan tak puas hati..tanya lagi sampai 3 kali sambil anak mata jeling dari atas sampai kebawah. nak tengok terang-terang nanti dia kata apa pula kat zan ni.
Dia jawab '"BETULLAH SAYA NIIII....LAIN SEMUA OK...CUMA RAMBUT NI AJE DAH LAIN, RAMBUT MILLENIUM".....
terngangalah izan ni hilang kata-kata.....tapi terharu bila kawan sebut macam tu. Dia pun pergi tapi senyum tak hilang....
Sebenarnya, zaman sekarang ni...hitam ke putih ke rambut bukanlah ada makna lagi. sebab dengan bahan kimia yang meluas dikalangan remaja dan dewasa, ramai yang putih rambut sebelum waktunya...........
Tapi mungkin juga ia mengingatkan kita akan sesuatu..... yang kita semakin menghampiri hari-hari tua. Tapi corak kehidupan kita tak berubah cuma ada kekurangan yang perlu ditambah atau diperbanyakkan.
Teringat kata-kata seorang kakak 15 tahun dulu, kawan lama masa di Mahkamah Majistret Rawang dulu.......... "Akak bangga yang bunga-bunga rambut dah mula tumbuh....... apa nak takut... itu bermakna akak dah ada banyak pengalaman"..... jadinya itulah yang zan ingat sampai sekarang. Zan ni dah di motivasikan oleh kakak ni awal-awal. Ini kenyataan hidup... jangan malu dengan apa yang kita miliki sekarang. Juga jangan terlalu kerap menggunakan bahan kimia pada anggota badan terutama rambut.
Bukan nak kata, kawan-kawan boleh kenal izan ni lagi...tapi tak tahulah izan memang susah nak cam orang mungkin sebab dah tua maka ingatan pun kurang... tak pun yang datang depan zan bermacam bentuk dan rupa yang berbeza. tu yang susah nak cam. Haaaa............jangan senyum-senyum ya... ini cerita aje. nak kutuk pun bolehlah....

18 comments :

~PakKaramu~ said...

Salam

Begitulah orang zaman sekarang nih, masing-masing nak berubah tua jadi muda, yang muda tak pula mahu jadi tua hu hu hu hu

Anonymous said...

uik kak zan,
rambut millenium pun ada ker?
hehe...

echah_syed said...

combi suke gak kalo rambut kaler2 ni..dulu mase muda tak dapat kan ekeke :p

apa salahnyer kalo inai rambut utk abe & anak2.dorang pun suke mama dorang cantek..kuar berbungkus.tak gitu izan..? :D

CAHAYA said...

teringat ari tu Cahaya tegur kawan Cahaya. Dia dah beruban.

Cahaya cakap,"Uish Able, bukan senang nak dpt semulajadi camni. Kalau budak Cina, berebut diorang buat kat kedai, mau kena rm300 ni."

Able senyum je.

naz ilyn said...

salam...

suka buka topik pasal bebunga rambut di kepala boleh di panjangkan... ada yang suka ada yang tak suka tapi itu adalah pengukur bagi perjalanan hidup kita juga peringatan dari Dia.

Tie said...

Ooo.... Rambut kak tie dah pun mula berbunga2, hi hi...umur dah nak masuk 43 tahun, kira awal juga tumbuh bunga tu...he he.. nasiblah badan....

Unknown said...

Pakkaramu,

terimalah hakikat.... kalau tua nak nmpk muda...tak lawa lah...haha

yang penting kita sihat walafiat...
hati muda pak...(sempat lagi nak ngusik ni..)

Unknown said...

ana,

rambut millenium tercipta semula jadi dan terawal dari zaman millenium...haha, adaaa...

Unknown said...

cahaya,

betul tu, tak kira dimana-mana bila dah berkenan tu...cuba tengok ada putih ada hitam....

macam2 sebab rambut kita boleh berubah warna..... able 1 antara beribu....

Unknown said...

combi,

masa kecik2 dulu memang suka sngt kalo dapt kaler rambut. tapi abah zan kata...berani akak cuba...kalau tak botak jangan panggil abah...... huhu... sampai lar ni..zan turunkan pula kat anak..haha..

untuk kita yang berumur ni...kalu boleh jgn kalerkan semula hitam. tapi kalau inai yang bersumberkan tumbuhan...sunat hukumnya combi... tak jadi masalah...mungkin satu hari nanti zan pun akan fikirkannya.

Unknown said...

naz,

adatlah... sebab apa kita tak suka membicarakan topik sebegini... ada banyak lagi kerja2 yg x selesai lagi..., ada banyak urusan yang tak rapi lagi... dan sebagainya.

apa pun naz... selagi jantung berdetak... kita boleh nikmati apa saja yang Allah beri. bukan kerana bunga-bunga rambut kita hilang semangat keceriaan.

Unknown said...

k tie,

hua hua hua.. i like it...nasiblar badannnn... apa pun k tie, ceria tu yang kita mau... bunga-bunga rambut bukan penghalang untuk kita ceria...

cuti2 nanti nak suruh abg iwan ngan adik ika check, ibunya ni dah ada tanda2 bunga nak tumbuh ke idah... dapat sehelai...10 sen... (kalau kena banyak helai...huhu tandanya.....;)

chekdenoor said...

Salam,

zan...tertarik gak...dengan ayat "bunga-bunga rambut" ... hehehehe .... chekdee dah ada banyak gak....... chekdee tak kisah sangat cuma yang merunsingkan chekdee ialah bila gambut ni dah nipis sangat.....hmmmm... dah tua cam ni....bolehker rambut ni lebat kembali...... hehehe.....kekadang tak suka juga dengan kenipisan yang tak milliunium ni...heheheh

Unknown said...

chekdee,

izan diberitahu yang rambut kita ni mesti gugur paling kurang 100 helai sehari. tapi sahihnya zan takda.

ada gak nonton promosi di tv.... tapi tak kut nak gi situ... hehe ;)

Leenoh said...

Sdri. Izan.
Allah jadikan rambut kepada manusia sebagai alat amaran kot.
Ada orang susah hati bila rambut gugur terlalu banyak, inipun semacam amaran juga.
Cuba campurkan umur kita sekarang dgn 30 tahun lagi, itupun amaran juga. he he he.
Wassalam

Unknown said...

leenoh,

kalau 36 + 30 = 63.....

awatlah campur banyak2... 3-4 tahun udahlah.... zan doakan kawan-kawan semua dipanjangkan umur dimurahkan rezeki aman dan sentosa.. amin.

biasalah leenoh, bukan susah hati kenapa... kesian tengok rambut tu gugur.

kalau kena kita kat perak balik rumah kita kat kl... rambut gugur kat perak tak sedar kita... tinggal rambut tu kat perak, kita dah balik kl...hehehe..

kalau boleh biar sampai bila2 dia ikut kita... boleh ker...!!!

singamaraja said...

Sedap masakan akak ni

Unknown said...

singamaraja,

terima kasih...tapi yang mana satu ye singamaraja suka sekali..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter