Jom join izan

Monday, February 2, 2009

Anugerah kak tie ...2.2.2009

Award pemberian k tie...

seronok dapat dari k tie....yang lebih seronok k tie bagi pada semua .... sungguh adil dan saksama. Kak Tie terima kasih, zan terhibur bila berada dilaman k tie. yang bestnya k tie "sporting" sangat...tak simpan dalam hati dan boleh diajak bergurau, berbanding izan yang kadangkala sangat sensitif. tapi banyak yang dah izan belajar dan perolehi bukan sahaja dilaman k tie tetapi di setiap laman teman-teman yang izan lawati. Terima kasih semua.
K tie terima kasih walau sekadar di alam maya....mudahan berpanjangan ke alam nyata.....

6 comments :

Tie said...

Hi hi...rasa terharu gak bila zan sudi terima pemberian 'olok2' ni..he he...kelakar betul!!

Terima kasihlah...makcik ni kembang kempis idung ni...(kena cari sepit baju lak!) bila dipuji begitu...

Hmm...rasa sedih, marah , kecik ati tu ada bila ada orang komen atau tegur ...tapi makcik ni mungkin dah tua, so malas nak ambik ati..hi hi..takutlah bertambah kedut nanti...

Ok lah...moga2 terus maju dalam berkarya....

chekdenoor said...

Zan....hehehe...chekdee pun sukahati gak dapat award dari tie....... walau olok-olok...tapi tetap best......

~PakKaramu~ said...

Huh budak ni dah malas masak dah !

Unknown said...

k tie,

olok2 tu yang seronok hihihi... kelakar betul.

bestlah k tie...memang tul, makin tua ni makin kena control jumlah kedut...hehehe...senyum mesti selalu.

selamat maju berkarya buat k tie dan semua.

Unknown said...

chekdee,

betul tu.. kita nak berseronok2... bergembira. bila orang yang memberi seronok secara tak langsung yang terima pun ikut seronok. waaa.. kan gamat jadinya. hehehe... izan pun macam chekdee gak.

Unknown said...

Pakkaramu,

hehehe... pak ada bola ajaib ye..
penat lagi niii... saya nak rehat masak ..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter