Ini merupakan satu lagi kegemaran terhangat abang iwan terutamanya. izan dan anak-anak memang suka makan makanan laut terutama udang. kalau kami pergi mana-mana memang tak lupa tempura udang ni..... kadang bukan jadi lauk, tapi diratah macam tu aje. sedap.....
Abang iwan kalau nampak ibunya masak udang...senyum aje dia... dia tau tu makanan dia. tak kiralah menunya gaya mana janji udang.... kadang tak sempat hidang, dah hilang ..... nak masak kena sorok.
Adik ika pun suka, tapi dia agak slow dari abangnya bab makan ni..... jadinya kadang tu kena selamatkan cepat untuk adik ika. ini antara menu izan malam ni... (periuk dah turun balik......) hihi...
oke mari tengok bahannya.
Bahan
15 ekor udang (kipas/harimau) - dibuang kepala udang
2 cawan minyak untuk menggoreng - kena guna banyak minyak
Bahan adun
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1 tin air 100 plus
secubit soda bicarbonat
sedikit garam
caranya:
satukan tepung gandum, tepung beras dan sedikit garam bersama secubit soda bicarbonat (kalau tak mahu soda bicarbonat pun boleh). letakkan air 100 plus sedikit demi sedikit sambil perlahan2 digaulkan bahan adun. adun agak likat.
kemudian biarkan 15 minit di udara biasa. kemudian disimpan didalam peti ais seketika.
sediakan udang.
panaskan minyak didalam kuali dengan api sederhana/perlahan. kemudian celupkan udang kedalam bahan adunan dan goreng. setelah siap semua kemudian boleh dihidangkan.

20 comments :
bestnya...kegemaran abang iwan sama dgn aunty dina la... huawahuwahuwa... tapi lepas makan kena makan ubat...kalau tak bengkak la bibir den... alergic
Salam...
kalau ada anak ramai lepas tu kuat makan macam shafiq... alamatnya sekilo udang pun tak cukup ni... hihihi
Cahaya pun suka gak. Masakkan utk Cahaya boleh?
makan udang ni mmg best. tambah cicah ngan sos. mmg sedap..
isk, terliur la plak. dah la sakit mulut nih. hehe..
wo wooo....dina, sebelum makan seafood, makan ubat dulu... kesian dia, alah ye.
naz,
itular..kalau makan dikedai tau2 je lar. masak sendiri tu nak jimat kos..hehehe...sebab ramai pengikut. kalau sorang je tak apa.
tapi ramai pun rezeki tu...
cahaya,
bolehh...maghi bertandang ke rawang. k zan masakkan tuk cahaya nak...
ana...
hihi..samalah kita. dah banyak hari sakit mulut(ulser).
memang betul. k zan buat cicahan dia sos cili kimball tu k zan letak air panas utk mencairkan dia. lepas tu cicahhh... nyum..nyum...sedapp..
Bleh cuba...tak pernah buat sendiri
Satu resepi yang menarik..Nanti senang kak tie nak cuba laa...thanks bebanyak!
Salam,
Wah...chekdee suka resepi tu....banyak petuanyer....guna air 100plus...hmmmm...ini baru tahu.... dan kena pulak simpan dalam peti........terima kaseh banyak-banyak kat izan....... chekdee nak copy lah....heheheheh
fadhy ..
cubalah, bahannya pun ringkas... selamat mencuba..
k tie,
tak apa..cubalah, sedap...
senang dan ringkas.. dah cuba sekali mesti nak lagii...
chekdee..
boleh juga tau guna air masak...tapi zan guna 100 plus sebab baki dia zan boleh minummmm...hihi.
selamat mencuba...
Ramai orang suka makan udang, saya pun suka makan udang tapi sekarang kena kurangkan kerana takut nanti kena penyakit darah tinggi.
orang muda ok lagi, apa pun perlu seimbangkan.
Wassalam.
salam..sebelum ni hanya memerhati..kali ini terpanggil untuk join..
regards.
leenoh,
yelar..kita dah nak hmpr penghujung ni ujian kesihatan jangan dilupakan.
udang memang hi kolestrol..jangan kata kita aje...orang muda kalau nak kena pun boleh ... makan tu kena berpada-pada.
tapi kalau x makan udang pun boleh gak kena penyakit darah tinggi... apapun saya setuju kena seimbangkan cara pemakanan..
(ada petua org tua2 yang berpengalaman - bagi yg mmpunyai penyakit darah tinggi - boleh makan semuanya dengan syarat selepas makan perah 2 biji limau kasturi dan minum air perahan) - insyaallah .. cubalah
sherry,
terima kasih...adakah ini bermakna ada tanggungjawab yang akan digalas..
kita berkongsi semuanya ... semoga dapat manfaat yang boleh digunakan.
Wahhh,sedapnyer!!! Ada lagi tak? Mmmmm...wanginyer sampai Sg.Petani.
zyma,
alahai...dah habis, memang sedap.. tu sebab baunya ditolak angin sampai ke sg petani. (fuuhh...fuuhhh...masa nak makan tu panas-jadinya k zan tiup tak sangka sampai juga ke sg petani.)
ambik bau ya zyma...
Post a Comment