Jom join izan

Friday, January 30, 2009

tagged Ana...29.1.2009

kena citer tentang peti es pulak........cuti2 begini...tidur...kemas..tido..kemas.... tidooooo....penat balik dari berjalan tak habis lagiii..... rumah pun sunyi ngan suara izan... tadi dengar suara orang bagi salam tapi sayuup ajer... abe kata kak enon tanya izan mana..tak dengar suara. abe jawab..biasalah kak waktu cuti-cuti ni..hehehe.. kak enon bagi kangkung yang dia petik dari belakang rumahnya. tanam sendiri tu.... kak enon ni sekampung ngan abe, adik perempuan dia kawan satu sekolah ngan abe. zan okey....hihi(keluar tajuk jap...)


haaa..berbalik kepada tag ana ni... dia suruh zan.....


1. amik gambar peti ais



zan beli baru masa pindah kemari...adalah 2 tahun dekat 3. yang lama dah lego kat adik ipar sebab dah berbelas tahun umurnya.


2. apa yang ada kat depan pintu peti ais?


simple dan kosong. sebabnya zan ni kalau ada habuk mesti nak basuh. untuk kurangkan kerja maka lebih senang dengan keadaanya begitu. cuma kalau tanya diatas peti es tu... zan letakkan hardcover fail yang penuh dengan resipi yang entah bila boleh zan ikut. cuma suka mengumpul.


3. brand peti ais

LG - life is good
4. ada sesiapa yang sudi tak nak sambung..... haa...entry ni untuk zan sajalah ye.

Ana, tugas dah selesai...masih ada hutang satu lagi...huhu..mana yang hutang tak tertunai tu... halal kan saja ye.......ana dan cahaya, dimana ada hutang tagged yang tidak k zan tunaikan tu... halalkan ye...len kali k zan mesti cuba buat..janji...terima kasih sudi tagged k zan.

10 comments :

Anonymous said...

uiii, kak zan, banyak nyer resepi tu. ni baru chef betul nih. hehe..

naz ilyn said...

salam...

kongsi lar sikit apa yang tersimpan di dalam peti tu... mesti tersimpan pelbagai ramuan-ramuan yang boleh melazatkan masakan.. izan kan pandai memasak betul tak...

Unknown said...

ana,

jngnlah buat k zan ketawa..hihi..
resipi tu banyak..tak tau bila nak cuba..buat koleksi aje.

Unknown said...

naz,

dalam peti tu .. ada air batu je hihi...

ketawa nih..ketawa tak renti.

Tie said...

ha ha....ada juga tag peti ais ni...kelakar laa.... ingat nak tengok dalamnya....

ateh... said...

lo..ade jugak ke kak izan tag yg cerita pasal peti ais ni.hahahahhaha

Unknown said...

k tie,

adaaa.... kat dalam tu takda pape.. air batu kosong je yang meninggi hihi... adussss...

Unknown said...

ateh,

haa adaaaa.... hwa hwa hwa..

Catwoman said...

Amboi...besor bebenor le peti mayat tu ...ehhhh,silap. Peti es la.Mesti byk harta karun dlm peti es tu ye.....
Jelesnyerrrr....masih bersih bersinar serta berkilat peti es K.Izan ye....
Rajin bebenor mandikan peti es nyerr ye...
Cencaluk & garam belacan ada tak kat dlm peti tu??

Unknown said...

zyma,

k zan mandikan air bunga, tu yang bersinar gemerlapan.... ramuan tradisi buatan sendiri. haha..

segala macam ada "secret receipi"..
tak buleh tunjuk nanti tak menjadi hih hih..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter