Jom join izan

Sunday, January 4, 2009

pengat pisang...

Pagi Sabtu yang ceria.... malam sebelumnya dah asyik teringat pengat pisang. Asyiknya makan yang goreng-goreng aje. jemu.... jadinya carilah pisang dah teringin sangat nak makan pengat pisang. nak yang manis-manis... meleleh air liur bila teringat.

Yang ini selera izan dan abe, nampak macam manis... tapi zan kurangkan juga kemanisannya tu. kesihatan nak jaga juga... tak boleh manis selalu. anak-anak tak minat pengat ni ... jadinya buatlah sarapan biasa je. zan pun buat pengat ni tak banyak... bolehlah 2-3 kali ulang tuk makan 2 orang.

Musim sekolah dah bermula, izan jadi bertambah bizinya. walaupun 2 orang nak diuruskan tapi kadang-kadang ngalahkan 10 orang. bisingnya diawal pagi. apa-taknya berubah angin percutian kepada persekolahan. Apapun semoga zan suksess selalu...hihi...

Haa...cubalah tengok bahan yang zan sediakan. kalau pada rakan-rakan yang biasa buat pengat pisang tu, nak berkongsi bahan lain boleh juga... seronok kalau dapat dipelbagaikan. atau mungkin serupa...

Bahan

8 biji pisang awak (sebiji dibelah 4)
250 gm gula merah (ikut suka nak manis/kurangkan sikit)
2 litre santan (ikut suka banyak/sedikit)
sedikit sagu (ikut suka nak banyak)
1/2 sudu teh garam
1 cawan air biasa
2 helai daun pandan

caranya:

masakkan air bersama sagu dan gula merah. sehingga sagu menjadi jernih (tidak berbiji).
masukkan pisang awak bersama garam. dikacau dan kemudian masukkan santan dan daun pandan kacau hingga masak. (dikacau supaya tidak pecah minyak).. kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.


13 comments :

CAHAYA said...

Cahaya pun tak reti makan pengat. Hehe.

naz ilyn said...

salam kenal...

alahai sedapnya pengat pisang...

ZDIN said...
This comment has been removed by the author.
ZDIN said...

sedap tu pengat pisang. kena paksa orang rumah masak hari ni. dah keluar air liur ni......

dina said...

kalau pisang abu lagi best kan jan kan... aku suka kalau pengat pisang emak aku buat... sedapnya!

~PakKaramu~ said...

Salam ala mak ini buat air liur meleleh ni

Unknown said...

cahaya...

mudah jer...tapi cahaya kena buat dulu pengat tu. sedap cahaya.. tp x leh lah selalu, berlemak dan manis.

Unknown said...

naz ilyn,

salam kenal juga,

sedap... memang sedap. kalau letak dalam peti es, lagi laju makannya..haa..

Unknown said...

Chek Zd,

amboi...pengat pisang buat chek Zd kemari tuuu...hihi.. sahlah memang penggemar pengat. (habislah ma kena tiau ....)

Unknown said...

Dina,

pisang abu tak dak hari tu...

kesian dina teringat air tangan maknya. mak kita pun macam tu gak... sedap masakannya...

Unknown said...

Pakkaramu,

hihi.. tu baru nmpk pic nya pak, belum rasa lagi..mesti nak tambah..

Admin said...

aaa. sedap ye. pingat pise. haha. kelik nih suh ma masok la

Unknown said...

ubey,

nanti klu ada rezeki leh buat rmh terbuka...panggil ubey ye..hidangkan pengat ekkk..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter