Jom join izan

Wednesday, December 3, 2008

ukir lah SENYUMAN ikhlas.......

Siapa percaya yang senyuman setiap individu itu merupakan senjata.
izan percaya... percaya...biasanya bagi individu seperti izan yang kurang buka mulut memang itu kebiasaannya.
anda semua tak percaya.... tak percaya!!!! ... cuba buat.
kalau dirumah waktu pagi2, bagilah senyuman ikhlas kepada seisi keluarga ... gerenti sampai petang "happy" semacam jer... tak kiralah kepada suami/isteri, anak-anak, adik-beradik ... ibu dan bapa.
kalau senyum diwaktu tengahari... gerenti kerja beres sampai petang sure tak ngantuk. Begitu juga kalau senyum di waktu petang apatah lagi waktu malam.
senyum tu ... senyum orang yang normal, bukan paranomal yeh... Jangan anggap orang yang asyik tersenyum tu tak betul... kadang-kadang entah dia terima khabar gembira ker... cerita lucu ker.... baru lepas baca email ker...
baca blog kerrrr (macam anda-anda semua sedang buat ni... hihihi...)
Sebab senyuman jugalah zan kena "sound" dengan "abg Azmi" "table" sebelah zan ni... apa dia kata..."kau jangan nak senyum-senyum ya, kau ingat aku tak nampak ..."senyum perli" kau tu.. kik..kik.. kik, ada sebab I bagi dia senyum perli....dia jer yang tau..sebab tu dia bagi nama "senyum perli".... - itu menunjukkan senyuman ni ada bermacam-macam nama dan kesan bagi orang yang seperti dia. Tak keluar sepatah perkataan pun boleh memberi seribu makna...(itupun boleh dijadikan sebuah cerita...)
cubalah.....

8 comments :

dina said...

sebab tu aku punya blog nama Semanis Senyuman... hehehehe

Tie said...

Kak tie kekadang ukir senyuman terpaksa...hu hu....memang rasa terpaksa....tak best laa...

Unknown said...

dina,

senyum tu penawarr...

Unknown said...

kak tie,

tak apa..lama-lama practise mesti satu hari nanti...kak tie mst asyik ajer nak senyum. :) - kak tie bulan pun senyum... kiutttt...

CAHAYA said...

tahu² je orang tgh senyum. Hehe.

Cetusan said...

senyumla sebelum disenyum perli heee

Unknown said...

cahaya..

k zan memang suka main teka-teki...
hehehe...

Unknown said...

zeqzeq..

relax lar....hhheeee

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter