Assalamualaikum.... Selamat menyambut hari raya Qurban buat teman-teman sepermainan (blogger semua). Bagaimana cara anda-anda semua menyambut hari raya Qurban pada tahun ini. Pasti mempunyai berbagai cerita tersendiri kan... apa pun semoga semua ceria-ceria.
Tahun ini ... hari raya Qurban zan sambut biasa-biasa saja. Suasana pun mendung dan hujan, bermula dari Subuh hari hinggalah membawa ke malam hari. Jadinya kurban dilakukan dalam suasana hujan .... apa hidangan zan tahun ni untuk menyambut raya qurban. Tiada yang istimewa... sekadar hidangan buat sekeluarga ... rendang? tiada rendang dipagi raya... kerana dah target mesti nak berziarah kerumah mak dan abah zan...dan keluarga mentua dibelakang rumah... sebab hidangan pasti zaassss...... tapi hari hujannnnn..... tak leh nak sakan jalannnn.... lepas lepak kat rumah pak mentua, kami pun duduk ajelah dirumah dari pagi sampai pukul 7.00 malam. "Mood"... merudum.... jadinya makan.... tidur.. macam waktu-waktu bercuti biasa.
Malam barulah dapat keluar kerumah mak dan abah zan.... sampai ajer kerumah mak... WOW .... mak zan tengah panaskan lauk rendang minang tuuu....tunjuk ajar dari abah zan. baunya ajer...fuhhhh....... bayangkan ayam pencen tu dibuat rendang kalau tak betul direbus alamat tercabut gigi. Tapi memang shedapp lah.... puaslah rasanya dapat makan rendang mak zan masak.
Dalam pada sedap-sedap makan tu... abah zan perlahan je dia kata, macam ni ...... "sampai bila akak cuti..." tanyanya... sambungnya lagi..."lama-lama esok hari raya qurban ni nama aje... tak da sambutan dah"... aduhhh .. mak zan pulak nyambung..."awak tak ingat dulu masa kecik-kecik raya haji pun menyandang beg jalan rumah kerumah dengan kawan-kawan".. zan tak boleh nak cakap apalah... ... rumah mak zan tak sampai sejengkal... sebab tu memang jarang tidur dirumahnya kerana tidak kira masa dan waktu akan kerumahnya.
Sekarang tak dinafikan...rata-rata jika kita lihat amalan berziarah rumah kerumah pada hari raya qurban memang berkurangan. tak ade lah lagi dah bebudak berjalan rumah kerumah, anak-anak zan pun duk mengadap t.v jelah ..... Sekadar memenuhi tuntutan seperti solat hari raya dan melaksanakan qurban. Jika dahulu... pada pagi hari raya qurban pun kita dapat makan kuih muih seperti pada hari raya aidilfitri paling tidak koman pun dapatlah juga, merasalah juga tiga ke empat jenis kuih. dodol pun dah lama tak nampak...
Tapi sekarang suasana seperti dahulu dah jarang kita jumpa lagi....anda-anda semua pula bagaimana, kongsilah cerita....
14 comments :
Alhamdulillah raya ari tu lain dari raya² qurban sebelum ini.
Mungkin sebab mak dan ayah kat Mekah kot. Jadi kami adik beradik jalan² rumah saudara mara. :)
selamat hari raya aidil adha...yap..memang pun..kini raya haji cam tak da makna pun dah..raya posa tu ada laa cikit2 lagi bab ziarah menziarah..
slamat hari raya korban...
kalau di kampung aku di perak, kami masih lagi ziarah menziarah pada hari raya qurban. biasanya ada juga masakan istimewa. tapi di KL ni, macam takde sambutan. aku buat juga hidangan hari raya, cuma 2-3 kwn je yg datang.
ini kali pertama aku beraya Qurban di KL jadi aktiviti selepas solat, bergotongroyong je utk membahagikan daging qurban. slebihnya kami makan sup tulang beramai2. lepas Zohor masing2 balik rumah. Hujan pulak turun lebat...
a'ah...ada jugak la yg sama mcm dulu...mcm ketupat, nasi himpit, laksa masih tetap jd menu x kira raya apa.
tetamu tetap dtg bekunjung, cuma utk kanak2 duit raya tu kureng sket berbanding raya puasa..hehe
cahaya,
Alhamdulillah...mudahan berterusan pada masa akan datang... insyaallah.
ahmoi,
untuk ahmoi juga...haa.. tu lar yg skrg ni k zan ringan-ringan kan badan bertandang kerumah jiran2 dpn rumah ni yang kebanyakkannya warga2 emas.
kadang2 ank2 k zan lalu depan - makcik2 tu tanya "mak kau mana..." hihi...satu hari nanti kita perlukan mereka .... contohnya untuk kenduri-kendara...
Peminat jutawan malaysia,
waaa...akak minat wawasan ni... macam mana raya korban yang lalu...semoga semuanya berjalan lancar.
actually raya dulu n skrang mmg jauh bezanyaaaa....meriah lg sambutan raya dulu2
Dina,
itulah bezanya ditempat-tempat sebegini berbanding di kampung-kampung. tapi taklah semua tempat hambar... ada juga yang meriah.
bagaimanapun seronoklah tengok tempat mu punya gotong royong, sama2 nak makan - sama-sama masak.
luna,
tempat luna pun meriah juga...betul tu... ada juga yang masih memberi duit raya pada kanak-kanak.
keseronokkan kanak-kanak tu yang kita suka tengok.
tapi kat sini dah berkurangan bab duit raya pada hari raya qurban.
wahidah,
betul tu... pada zaman k izan kecil2 hari raya qurban pun naik juga kerumah jiran... kalau hidangan sama macam aidilfitri. ramai tetamu.....
Salam izan,
Memang betul laa. Raya ni ujan sehari suntuk. Tie cuma dok dapor sambil menyibukkan diri makan2...hi hi..
Salam tie,
waa... zan ingat menyibukkan diri membuat juadah... rupanya makan2. tak ape tie, selagi selera ada ... kita makan. izan pun sama ... hujan2 ni perot memang lapar saja hihi...
Post a Comment