Jom join izan

Monday, December 22, 2008

Pokok Krismas........

Ingatkan dah tinggal kan yang lama takdalah merasa lagi ...... cerita tukar-tukar hadiah ni... bukan tak sporting...cuma kurang gemar.



haaa...tengoklah ofiz mate zan tu ... dia minta zan tolong... zan pun tolonglah...tolong tengok... kemudian zan cabut. hihihi...tok koso...


cuma bila bab gantung2 tu...zan pun sibukkan jugalah gantungkan ala kadar...... lepas tu zan suruh diaorang berdiri kat belakang tu, sebab nak ambik gambar dia orang.... haaa...jangan tak caya. yang kiri tu shirley ... umur dia ...60 plus-plus. nampak muda dan kuat lagi kan. yang sebelah dia tu lilian... umurnya...50 plus-plus. bukan senang nak dapat tangkap gambar diaorang.... nasib ada alasan. umur bukan ukuran...selagi bertenaga teruskan perjuangan.



tak taulah zan nak beli apa... malam ni baru kelam-kabut mencari barangnya. ini namanya hadiah bajet. tengok logo dia tu..... "For Love" tuuuuu.... sapelah yang malang nanti dapat ni... kita tunggulah harinya nanti ya...


Perkara paling zan tak minat.... bungkus hadiah. memang tak seni dari dolu-dolu. tengoklah tu apa ke rupanya.... terbalik pulak tu... langsung tak kemas.

Apa pun... suka tak suka... kita tunggu harinya tengok apa pula zan dapat.... kalau dapat satu benda yang diaorang tunjuk tu... memang zan takkan tunjuk kat anda2 semua.... tak da semangat sensitif langsung.... apa pun kita layannnnnnn.....................zasss...

12 comments :

chekdenoor said...

Izan,

Sebenarnyer bila kita dok kat masyarakat berbilang bangsa.... semua kita kena belajar gak sensitiviti masyarakat lain...... mana boleh pukul rata jer kannnnnn.....

Contohnyer... chekdee ada kawan yang kawin dengan bangsa cina.... bila dia balek kg mertua..... mak mertua dia faham....mereka hidang air dalam tin atau kotak.... then makanan ...mereka hidangkan yang kering jer seperti kacang tanah atau gula-gula jer......

Tapi bagi yang tak faham.... seperti seorang kawan chekdee tu.... siap dia bagi kueh bulan...hmmm.... chekdee terima jerlah...tapi...cam mana nak makan....kannnnnnn

dina said...

Jan, masa dulu keje kat firm yg bosnya Hindu tapi bila time sambut Krismas mengalahkan org Kristian, sedangkan yg sambut Krismas masa tu sorang je, itu pun 2-3hari before buka2 hadiah tu dia dah bercuti. Sekarang aku keje dgn bos seorang Kristian, tapi sejak 4tahun keje sini tak pernah pun dia letak pokok Krismas tu kat opis... heran lak aku. Tukar2 hadiah? Hehehehe... nak tukar dgn sapa?

Tie said...

Benda apa tu zan?? Nak kata bantal, ada bulu2...geli lak tengok..hi hi..

Unknown said...

chekdenoor,

orang yang biasa dengan percampuran kaum saja yang pandai berkawan. tapi dalam banyak2 zan jumpa... kat sini lah yang banyak menduga iman. memang kena banyak sabar... kalau nak cerita... tiga hari tiga malam tak habis.

apa pun... kalau kita pertahankan dan tunjukkan peraturan kita, mereka kena terima itulah kehendak kita yang tiada orang boleh paksa "I follow uuu.....". hihi

Unknown said...

dina,

tukar2 dengan bosss...hihi.

macam tu kan dina, kepala tak pening.. semoga dina suksess selalu.

Unknown said...

tie,

ho-ho-ho... hiksss... kik kik kik... (ketawa tak leh nak berhenti)

itu bantal berbulu... boleh lah kan ... mahal jugak tu..RM18.00 minta kurang jadi RM15.00..

* zan gelihati.....

Catwoman said...

Cantiknyer pokok krismas tu. Nak satu,boleh tak?

Anonymous said...

kat opis sy krismas mmg x sambut tp CNY tu ada jugak dorg ajak2 tlg gantung kad kat opis.

kita cuma tlg2 atas dsr kawan2 je la..x sampai meredhai perayaan agama tsebut

CAHAYA said...

ofis Cahaya pun ada buat gak ni. Tapi Cahaya tak layan. Huhu. Ari tu raya pun diorang bohlayan. Huhu.

Unknown said...

zyma,

alahai...kok ye pun jangan lah minta pokok tu... nanti susah k zan nak tunaikan..tak cantik pun...cantik lagi pokok tanduk rusa k zan tu.. hihi.

Unknown said...

luna,

betul tu.. k zan pun cuma gantung 2 3 barang je. jangan dia kata tidak jer.. nak beria-ia sangat tu bukan budaya kita.

Unknown said...

cahaya,

k zan pun bohlayan juga... pura2 cari banyak2 fail.

bukan boleh diikut sangat kepala mereka, diinjaknya kita nanti.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter