Jom join izan

Sunday, December 14, 2008

kek coklat

Aktiviti hari minggu.............

Dah lama zan tak buat kek, rindu rasanya... bahannya dah memang sedia ada... anak-anak zan ni memang suka makan kek coklat, atau brownies..... asal yang rasanya koko mahupun coklat, memang habis. disebabkan hari ni zan gantung periuk ... - gantung periuk???? sungguh tak "sesuhai" - sebenarnya hari-hari pun zan gantung periuk, tapi hari ni sebab ada kenduri orang naik pelamin, jadinya mencuri masa membuat kek coklat ni.... mari kita tengok bahannya kali ini. izan pilih cara memasak kek ni dengan cara bakar.

Bahan A

3 cawan gula
4 biji telor ayam

(dipukul agak kembang)

Bahan B

1 tin susu cair
2 cawan minyak masak


Bahan C

2 cawan koko
2 3/4 tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

(diayak....)

Bahan D

2 cawan air panas


cara memasak

Campurkan bahan A & B kacau sebati, kemudian masukkan bahan C. Ba
han D (2 cawan air panas) dimasukkan sedikit demi sedikit sambil bahan A, B & C dikacau sebati dan likat. kemudian dibakar selama 45 minit (atau masak sepenuhnya).


izan ni punya kesukaan macam-macam. tengok orang berbunga, zan pun nak berbunga. tengok orang membela pokok zan pun nak membela pokok. tengok orang menyemai benih, zan pun sama. tengok orang ada blog - zan pun nak ada blog...hehehe..yang pasti semua zan tak mahu ketinggalan. cuba... semua zan nak cuba. yang pasti orang punya semua berhasil tapi zan punya ikut mooooooooooood......

nampak tak tu.. masa 4 - 5 tahun lepas ini merupakan diantara pokok kesayangan zan. dulu2 nak cari pokok ni memang susah. tambahan harganya mahal. zan cari keliling kawasan...sampai di batang kali. zan beli RM10.00 je. kalau kat kedai bunga dulu-dulu paling koman pun RM40.00 dak pun bagi kurang dapatlah RM35.00 itu pun yang biasa je. kalau yang cantik tu... sampai RM80.00.

kalau dulu payahlah nak tengok kaler coklat tu... hijau subur kalernya. tapi semenjak dua tiga menjak ni selalu nampak kaler coklat tu. Tapi berazam tu...haaaa... nampak tak dah keluar kaler hijau semula. hehe.. seronok tau. tak kira siang malam... asyik menyiram je. kiranya yang ni manja sikit lah. 2 bulan zan tunggu baru dapat kelopak baru.... nanti kita tengok 2 bulan lagi camane.



yang ni pulak sebahagian dari tetamu yang datang majilis naik pelamin harini.... saja snap yang ini untuk mencukupkan korum aktiviti hari minggu.

10 comments :

AHMOI said...

ermmm...cedapnyerrr kek coklat tuuuu...moi pun suka gak coklat..rasa best sangat bila makannya..hahaha

Tie said...

Ooo....minat kat kek cokelat tu...

Mintak sikit!!

Tie dulu pun minat pokok bunga. Sekarang dah malas, Nak tunggu dok rumah sendiri baru nak buat garden..hi hi..

Cetusan said...

amboi ramainya..mcm pertnjukkan fesyen heee

Unknown said...

ahmoi..

tak sempat dah ahmoi nak ambik bau, dah habisssss.... sebab rasanya macam yang ahmoi bayangkan tulah ..hihi

Unknown said...

tie suka gak ye, dah tak berbaki lagi.. licin, zan buat seloyang je.

tie seronok sbnrnya ada tanaman, zan kalau membelek daun ke bunga ke apa saja lah ... leka sesangat. tapi yang zan x tahan tu...yang suka duk dalam tanah tu.. harus zan lari 40km klu nmpk hihihi... selalunya bila zan dh cangkul nmpk tu zan tinggal jer...2-3 hari baru zan jenguk balik.. x pun.. ada yang harus jadi mangsa .. tolong cangkul....

Unknown said...

besalah zeqzeq, masa majlis nilah nak buat pertunjukkan. kalau tak... waktu bila lagi heeee

CAHAYA said...

sedapnye kek. jeles!

Catwoman said...

Sedapnyerrrrr kek tu. Nak mintak cikit, leh tak??
Tlg pos ke Kedah ye...

Unknown said...

alar cahaya, k zan dapat tunjuk jer... tak sempat nak pelawa hihi..

Unknown said...

zyma..

halar...ksian orang tengah ngidam ni.. camane k zan nak pos kekedah tu..takut nanti sampai dah tak rupa kek. cari benda lain k zan poskan ... kuih peniram nak tak..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter