Jom join izan

Friday, December 19, 2008


Kali ni zan nak cerita tentang ...... oke -

pernah tak dengar pinggan atau bekas pakai buang yang diperbuat dari ubi kayu bagi menggantikan bekas polisterin. zan tak maulah cerita gaya formal sangat sebab tengah mengantuk sesangat ni. oklah... pinggan atau bekas ini dicipta (kalau tak pernah terbaca tentangnya atau melihat dikaca tv cuba lawati blog bro rick) bagi menyelesaikan masalah bahan guna-buang sedia ada pada masa ini yang tidak lupus. dan ini dikatakan menjadi masalah dunia.

pinggan yang diproses dari ubi kayu itu boleh lupus dalam masa diantara 3-4 jam. boleh dimakan tiada perasa - tidak merasa kenyang selepas makan - sesuai dijadikan bahan makanan kepada binatang ternakan.

itu merupakan diantara cara-cara untuk melupuskan bahan guna-buang. sebahagian masalah perkara selesai.

oke......lepas ni sesiapa yang merancang nak buat majlis rumah terbuka atau kenduri-kendara yang mana mesti banyak kerjakan. Ye lar..biasanya lepas tetamu habis makan kan ke banyak kerja, nak basuh pinggan-pinggan yang tetamu dah gunakan tadi.

lepas harini kita beli pinggan atau bekas "guna-buang" yang diperbuat/diproses dari ubi kayu tu - sebelum tu kita bagi tahu pada tetamu yang selepas guna bekas tersebut - iaitu selepas menghadapi hidangan yang disediakan, bolehlah tetamu makan sekali pinggan atau bekas tersebut. ini bermakna sekali habis ataupun sekali harung.

Bukan macam tu ...... sebenarnya, bahan guna-buang ni dicipta untuk kesenangan kita juga. Bila tak habis guna, kadang-kadang kita simpan je sehingga ke satu tarikh yang kita pun tak tahu barang tersebut masih ujud ataupun tidak. berhabuk ataupun berterabur mungkin dalam gobok-gobok kita atau dalam stor rumah kita. jadinya kita boleh cari penyelesaian seperti sebahagian cara untuk melupuskannya. kita kena ingat setiap perkara kita kena ambil yang positif bukan negatif....tengok pada keadaan dan persekitaran ye......

14 comments :

CAHAYA said...

huhu. makan pinggan sekali. agak² la, lari semua tetamu kang. hehehe.

p/s: tak penah tgk lagi, mahal tak?

Tie said...

Berapa harga sekeping pinggan tu.. kalau mahal tak berbaloi laa.. Elok makan pinggan je..lagipun masing2 kan sibuk nak diet...hihi..

chekdenoor said...

Zan.... boleh selamatkan dunia....heheheh....... tapi..... pinggan tu kenalah ada corak-corak skit...buat macam cokelat ker..... barulah menyelerakan........

Salam perkenalan

Unknown said...

cahaya,

mesti len kali klu jemput...tak datang dah. hihi...

yg sebetulnya pinggan tu bila kena air agak2 dalam 3/4 jam dia cair sendiri kemudian sebati dalam tanah.

suratkhabar minggu lepas keluar cerita ni, harganya 10 keping untuk RM3.50 - memang diberitahu mahal sikit.

Unknown said...

tie,

mahal sikit tu .... zan guna pinggan kaca, jimat tak keluar duit. boleh guna banyak kali....penat tapi seronok, macam zaman dulu2 - sambil mencuci main airr...hihi..

Unknown said...

chekdenoor,

apa kata kita ramai2 mencuba, harganya pun mahal, untuk tetamu pula tu guna-buang.

kalau cicah cokelat pun ok jugak..memang laju makan takpun kita cicah sos kimball mesti sedapp... macammanalah izan ni nak kurus... asyik ingat makannnn aje

Bro Framestone said...

cite pasl pingan nie kite pernah dengar..sepanjang shoping xjumpe lg kat kedai.. kalau x dah tgkap satu..leh gak makan time xde duit nnt he...23x

p/s- usahawan gemilang, ekonomi cemerlang

Catwoman said...

K.Izan....

Apa yg best sangat tentang pinggan tu? Jangan m`bazir utk m`beli pinggan tu. Nanti K.Izan tak cukup DUIT nak belanja sy makan KFC.
Hmmmm, sedapnyerrr KFC,K.Izan.
Jom pegi makan KFC....

Apa pun SELAMAT BERBELANJA utk anak2 masuk sekolah nanti!!!

kicap said...

Kelakrnya sampai pinggan pun kau orang bedal huhuhu... kalau majlis makan pinggan anda undang saya, saya datang menjadi pemerhatijer, pinggan saya tak sanggup nak telan macam pelahap kot.. huhu

Unknown said...

framestone,

haa..ada hati ye nak makan pinggan time2 x dak pulus ekkk... nak kita tunjukkan ke kat mana boleh dapat ke ..

p/s: janakan minda dan gunakan bakat... pasti malaysia boleh...

akak ni...dh nk masuk beteren --- bagi lah peluang yang muda2 tunjuk bakat.

Unknown said...

Zyma simpan duit tuk makan ya... haha..time mcm ni zyma memang tak ingat lain.... asyik pandang kfc, pandang buku-kfc, pandang pen-kfc, pandang duit-kfc..hehehe...

makan je zyma, esok dalam pantang dah tak boleh nak makan kfc.....

*p/s: ye betulll...awal bulan ni budak masuk sekolah. simpan duit tuk beli baju sekolah, kasut sekolah.....- menyanyi tu...huhuhu.

Unknown said...

kicap,

rasalah dulu...mana tau sedap bila dah cicah coklat ke sos kimball ke... rugi tak cuba. dia tak mengenyangkan .. berapa banyak makan pun tak jadi mudarat. bukan pelahap... kita nak cari jalan melupuskan cepat.

cuba kicap tengok pic tu... semua sporting nak rasa...rugi kicap, dapat masuk sukkabar lagi diaorang.

Leenoh said...

Klu makan cara layan diri, kena bagi tahu gak, bila ambil makanan kena ambil kira pinggan sebahagian dari makanan, nanti perut tetamu tak muat pula dan tinggal baki, klu tinggal baki nak kena uruskan juga, arahan mesti tepat dan jelas, maklumlah perkara baru, jangan seriuos sgt, saya bergurau ja.

Wassalam.

Unknown said...

leenoh,

no poblem..boleh jer...

tapikan rasanya 99% tetamu takkan guna pinggan tu kalau dia tahu... termasuklah yang sedang menaip ni..huhu..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter