haaa.... kalau tengok setiap cerita izan mesti mula dengan haa....
inilah nak bual2 kosong kisah yang berlaku pada izan, manusia atau insan ini ada bermacam-macam jenis.... bukan kuih atau lauk je yang berjenis-jenis, hehehe...
jenis izan ni kalau didepan, mulut memang susah nak buka.. kunci rapat-rapat. bercakap juga, tapi tengok tempat, bukan memilih....tapi tak tahu nak mulakan cerita atau kadang-kadang rasa takda cerita penting yang nak dibualkan.
tapi kat sinikan, mereka nak izan buka mulut. hendak kita bercerita dengan mereka. tanya itu dan ini... bukan sekadar bab kerja tau... macam-macam bab..bukan setakat.."hi, how are you?...tapi mereka minta izan bagi sedikit perhatian pada setiap cerita mereka walaupun kadang2 bab yang zan "blur-blur". bukan sekadar dengar dan senyum kambing, mereka nak izan komen... berinteraksi.
kalau diikutkan rasanya tak penting "sikap" izan tu untuk dibicarakan, ...itulah yang berlaku. bos kecilku dah mengingatkan yang bos besar ku inginkan perubahan... waaa... kalau selama ini tiada yang mengherani, janji perjalanan kerja ku beres....
tapi disini lain pula...ini sebab adanya CCTV yang tak pernah menipu apa kita buat... wadu..wadu.. boss besar malam-malam skodeng staff-staff nya buat apa.
kepada kawan-kawan sebenarnya, hendak atau tidak kita terpaksa buka minda-memikir dan meneliti, apa yang kurang atau lebih yang ada dalam diri kita. mungkin kita rasa, perbuatan atau pergerakkan kita selama ini dah cukup sempurna.
inilah yang berlaku, dari pandangan orang lain izan masih kurang dari sudut berinteraksi dalam pergaulan.
inilah yang berlaku, dari pandangan orang lain izan masih kurang dari sudut berinteraksi dalam pergaulan.
terima teguran dan pandangan yang diusulkan.
untuk menjaga keharmonian dan untuk kebaikkan bersama... huhuhuuuu.... akan ku cubalah. semoga perubahan kecil ini membawa kepada kebaikkan.
bos kecil kata "saya bekerja dengan manusia, bukan robot.... ayoyo amma-appak"
8 comments :
Hi hi...ingat cerita pasal kambing tadi...cute lak si ngembek tuh!!
Nampaknya memang ramai bloggers punya sifat begitu, termasuklah kita ni.. Kak tie ni dah sinonim dengan gelaran 'tak campur orang' kat quarters ni.. Nak buat macam mana... tak ngerti nak kepoh2 kecuali dlm blog laa....
hihihi...cute si ngembek..
kak tie... kita tegur saja mereka... kita tukar la sekarang...mesti dia orang suka... mesti banyak lagi ilmu kita boleh dapat...
jom kita cuba... perlahan-lahan. zan pun tak yakin sangat ni.. tapi nak juga kurangkan sifat malu yang tebal sesangat ni...
Izan...masalahnya keadaan di quarters tak sama di tempat kerja (dulu pernah kerja). Banyak sangat cerita sensasi.
Kak tie jumpa mereka2 tak sampai 5 min dah pun macam2 berita kak tie terima. Tu yang tak best. Kak tie ni bukannya baik sangat, tapi kalau boleh nak elakkan dosa2 buat ketupat dan mendengar org buat ketupat laa...hu hu...
kak tie,
mmg zan tak nafikan. kita rasa kurang selesa. zan pun sama sbb kurang selesa tu yg zan kurang nak bercakap. tapi k tie kita buat cara ada "give and take".
kita tahu sedikit pun tak apa, kita ambil yang penting2, yang tak penting kita tolak tepi. dia nak bagitahu kita ambil tahu..yang baik kita boleh jadikan panduan, yang tak baik kita jadikan sempadan.
apa yang kita nak ialah silaturahim, keharmonian.. dan kita jaga batas kita dgn org yg begitu tanpa ada yang terasa hati. sekurang2nya hati kita lapang dan mereka senang dengan kita... macam zan ni bekerja, supaya diterima dalam pekerjaan..sebab mikir jangka panjang.
saya faham duduk diquaters, dari cerita kwn2 yg ada..mudahan k tie terus ceria. senyum jgn hilang k tie..hehehe...
huhuhuhuhu...dah baca byk kali...tapi tak faham....hek..hek..hek...guna bahasa kambing ker kak????
tu lar eiba,
itu bahasa babe kambing baru keluar. hahaha.... tu pasal eiba tak faham...kikikikik....lenglong-lenglong
hensem kambing tu..hehee..akak bincang topik per ni..moi tak paham lerrr..cam kak ieba gak..huhuhu
hihihi.. hensem yer...
itulah citer k zan ni yang bekerja tempat baru... diaorang terasa hati yg k zan ni diam ajer tak berbual langsung... diaorg sohsehlah suruh k zan ni mau bercerita dgn mereka...
k zan selalu mcm tu lah... belit2 dulu baru sampai maksudnya... k tie dia faham sbb sejalan... eiba ngan ahmoi.... hihihi... kena blajar kias.
Post a Comment