Jom join izan

Friday, November 21, 2008

KESUKAAN......................

Kesukaan dengan minat tu...... sama je. Apa izan suka, apa kawan-kawan suka......

izan sukaaa.....buat kerja separuh jalannn............

hahaha..... jangan tak tahu.... perkara ni lama dah berlangsung sejak zaman dolu-dolu laie...

kalau diikutkan macam-macam perkara izan buat .......... tapiiii... semuanya tak sampai habis.

kalau jahit baju kurung tu... sebelah tangan dengan pesak dah cunnn....tapi sebelah lagi tak tahu tahun bila nak sambung...macam mana tu??????

kalau mengait pula.... orang lain dah bergelung-gelung benang, tapiii... izan separuh pun tak habis lagi sampai sudahlah....

ada sampai satu tahap...abe tunjukkan kat izan ... dia tanya "... yang ini boleh buang dah ker...."

.........tak tahulah bila nak berubah, ini mungkin sebab takda kesungguhan ........... semua perkara ambil sambil lewa, janji hati senanggg.........hehehe...

Tapi satu je perkara izan mesti habiskannnn....

"MAKAN"

(tak pernah/jarang sambil lewa)


10 comments :

Cetusan said...

semuanya sambil lewa bagi saya..huhuu aduhaii..

entah2 bercinta pun sambil lewa tak?

Unknown said...

mekar sepanjang masa...........
dulu kini dan selamanya!!!!!!

Anonymous said...

:) Kalau cinta pun sambil lewa, tak kawen2 la sampai bila2..betul tak Kak Zan..

Kalau benda2 separuh jalan tu tak tau nak hntar ke mane, pos la ke rumah Intan..biar Intan yg habiskan..hehe
:p

Unknown said...

kikikik...cun lah intan, usik mengusik ... ceria selalu...

len kali k zan dh tau nak hantar mana
hihi... kdg2 k zan cari balik brg tu tak de... bila tanya katanya "slh letak kot..".. last2 tak ambik pot dah.

Tie said...

Hi hi...tak baik tau, buat kerja separuh jalan.. nanti tie pulas telinga tuh! he he....

Unknown said...

adoi... nak kena pulas telinga ker..
sakit wooo... lain kali zan tak buat langsung... duduk pandang je..hihihi..

CAHAYA said...

hehe. chomel la izan ni. :)

p/s: cahaya tak selalu buat keje separuh jalan, tapi separuh mati. Adesh!

Cetusan said...

nak pos hati yg terJALAN ke umah intan boleh tak..

Unknown said...

huuuiii.. dasat cahaya tu..
ekeke...some ke tu..."malu nak sebut... hihihi"

Unknown said...

intan k zan tolong bg syarat yer...

1. hati nyamok 7 dulang
2. hati kuman 7 dulang
3. air mata lalat 7 perigi...

ada yang tak cukup intan.. tambahkan lagi.. ekekeke....org dah nak bagi...(tabikkkk intan..)

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter