Jom join izan

Thursday, October 30, 2008

5 tip bersahabat.....














Adakah kita mempunyai sahabat karib.....


Ataupun kita bersahabat dengan semua orang tanpa memilih status, pangkat atau apa saja yang berkaitan......

yang mana lebih baik...

dan itu bukan persoalannya...

5 tip bersahabat......

1. Saling memberi kebebasan

Jangan mengongkong kebebasan sahabat anda dalam apa jua perkara. Menghormati hak kebebasan orang lain. Kejujuran penting dalam persahabatan.

2. Saling menahan rasa cemburu

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Memberi dan menerima seadanya.

3. Saling memahami

Elakkan dari menyimpan firasat negatif di dalam diri tentang sahabat.

4. Saling mengalah

Untuk mengeratkan silaturrahim, kerana semasa susah dan senang adakala kita memerlukan bantuan dari sahabat.

5. Saling memberi kemaafan

Sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Belajarlah menjadi teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain.


* ramai sahabat membawa ilmu..........

info md

4 comments :

echah_syed said...

nak jadi kawan izan.. bole??

intansabreena said...

Alhamdulillah, kite boleh bersahabat kan walaupun hanya di alam cyber..

Anonymous said...

combi, kita memang dah kawan...

Anonymous said...

intan,

khas buat intan.....jgn me a jok gi ye...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter