Jom join izan

Wednesday, September 10, 2008

Hari-hari terakhir di Anuar Hong & Ong

Selama hampir 10 tahun membawa lambang "Anuar Hong & Ong" - 15.10.2008 merupakan tarikh penggenapan kepada 10 tahun. disini bermula segala perjuangan di usia yang agak lewat memulakan pembaharuan dalam kehidupan. banyak kenangan dan pengalaman yang diperolehi disini. bagaimanapun....hidup tak selalu indah. langit tak selalu cerah.... dengan hati yang berat izan mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari sini memulakan sekali lagi satu pencarian yang tiada kepastian..


oppppssss!!!!!!..... tak sedia lagi larr..... izan macam nak belari jer.... apara...belum lagi habis bagi arahan.... tak palah.... nampaklah macam izan paling kecil diantaranya.... apapun tak kisah gaya bebas okkkk..... gambar ni zan ambil minggu dulu, izan akan mengikut jejak sally dalam masa 2 hari lagi.



Tinggallah hartaku, tinggallah berganti tuan.

4 comments :

dina said...

memang sedih nak tukar firm... huhuhuuu... dulu masa aku tinggalkan Ravi Beltran & Co. pun berjuraian airmata mengiringi.... huhuhuuu

Anonymous said...

A`kum Akak Izan.
Owh, mcm ni rupa opis Akak ekkkk...
Alahai....sedihnyer bila berpisah dgn kengkawan ekkk...
Zyma doakan Akak sihat & dimurahkan rezeki.Take care ye.

Anonymous said...

dina, sedey sesangat nihhh...tapi kuatkan jugak hati tu... sayang kat kawan2 dah macam adik beradik. tapi tak penah tunjuk sangat ... bergurau mengusik, gaduh2 manje gitu ...waaarr.r..... nangish niiii..

Anonymous said...

Waalaikumsalam zyma,

yee... mcm tu lar rupa opis akak tu... yer la zyma sedey nihhh.... trima kasih zyma dengan doa tu mudahan akak bertambah kuat hadapi masa akan datang. k zan juga doakan zyma sihat ceria....jgn turutkan sgt perasaan tu.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter