Jom join izan

Saturday, August 16, 2008

pucuk geti lemak putih

Pucuk geti ni dah hampir 4 hari simpan, dapat dari pokok jiran belakang rumah ... hehe... sedap buat masak lemak putih, kena pula dengan ikan wadi' memang jadikk....anak2 memang suka makan berkuah. harini teringin masak lemak putih pucuk geti. kalau tengok pada gambar nampak tangkai2nya. izan memang tak lurutkan daunnya, tapi pucuk geti tu izan simpulkan aje. sedap macam tu. kalau setengah orang memang daunya aje dimasukkan. lagi satu zan tak suka lemak pekat sangat... biar cair2 sikit. makan dengan nasi panas-panas sodappp...
Bahan.

Pucuk geti
1/2 biji santan
sedikit ikan bilis/udang kering
sedikit garam
sedikit ajinomoto

Bahan hiris:
4 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi (jika nak pedas)

caranya:

panaskan 1/2 biji santan, masukkan bersama bahan hiris dan ikan bilis/udang kering. kacau sehingga separuh masak, kemudian masukkan pucuk geti kacau sehingga empuk. dibubuh garam secukup rasa bersama ajinomoto. kacau hingga masak. kemudian bolehlah diangkat untuk dihidang.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter