Jom join izan

Monday, August 18, 2008

Hari lahir ABE 18/08/2008


Inilah Brownies yang di copy dari intan khas buat abe ku yang menyambut hari lahirnya hari ini yang ke 40++. Di doakan mudahan dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki semoga ceria selalu.

Kalau nak diikutkan suami zan ni kurang makan 'kek coklat', yang lebihnya anak2 terutama abang iwan - memang suka. adik ika ... kadang2. tapi untuk menunjukkan simbolik sebagai menyambut hari lahir suami zan tu.. maka zan buatkanlah brownies ni dan menjadi santapan anak2.

Bahannya semua copy jer dari intan, terimakasih kerana memberi tunjuk ajar...
BROWNIES
Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]
Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla
Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

5 comments :

echah_syed said...

sedapnyerr ni combi n anak2 mmg fav brownies kek :)

epi besday to abe mu yaa !

intansabreena said...

Salam kak Zan..

Menjadi dah brownies kak Zan..mcmmane rasanya? Sedap tak? Anak2 saya suka sgt.. Bila adik saya dtg umah, lagi dia suka..Terus habis brownies tu..

Anonymous said...

sedappp...... fikir macam nak buat lagi.. mesti combi pun selalu buat brownies kat rumah... tak jemu kan.

tq2...zan dh bgtau abe tenyum jer...

Anonymous said...

Salam intan, sedappp...memang tak jemu... k zan dah buat 2-3 mcm resipi brownies .. tp resipi ni aje yang guna gula merah.. mst nk cuba lagi. tq intan.

dina said...

sedapnya... rasa nak try le... sapa punya resipi ni zan? kena bayar royalti tak? heheheee

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter