Jom join izan

Wednesday, August 27, 2008

Anugerah dari akak 27.8.2008


Memandangkan zan ni masih baru dan masih belajar, bila mendapat anugerah (anugerah kasih sayang) dari senior, teman-teman semua rasa terharu sangat. mengapa.... biarlah zan simpan didalam hati saja. dan terima kasih buat akak kerana pemberian ini ... dan juga kepada teman-teman yang lain. semoga hidup anda semua dalam keceriaan sentiasa.
ishh... syahdu dan sendu aje ucapan zan. apapun, terima kasih semua kerana menghargai persahabatan.
kepada siapa pula akan zan berikan. mungkin bukan untuk masa ini, tapi zan tetap akan berikan kepada teman2. walaupun teman2 semua terima untuk kali yang kedua, ketiga atau seterusnya...sebab ia dari insan yang berbeza.
ini masanya untuk:
4. eiba
kepada teman-teman lain anda juga istimewa dihati ini. tiada dalam senarai tidak bermakna tidak sayang .. ceria selalu ya....

8 comments :

Anonymous said...

salam kenalan saya hulurkan...menarik n banyak resepi nih.hehee...teruskan berblog.

echah_syed said...

ehem ehemm rase mcm nak batuk laa izan.. hehe :)

Anonymous said...

ahmoi,

saya sambut salam kenal moga berterusan yee... resipi biasa2 je. terima kasih.. singgah selalu yer...

Anonymous said...

combi...

eh eh.. batuk tu macam biasa pernah dengar jer.... he he he ... combi dah sihat yer...

echah_syed said...

thx izan.. mesti sbb batuk ni terus dpt hadiah hehe..bole buat taktik ni lagi :p

umi_e said...

Thanks zan!!!! mmuaahhhhhhh

Anonymous said...

combi...

hehehe... mah seh .... rasa macam nak menyanyi larr..

Anonymous said...

kak e,

wwaaa... ni yang nak bagi selalu ni... hehehe...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter