Jom join izan

Monday, July 28, 2008

tag dari mama anis - 28.7.2008

Bila nengok tag dari mama anis terus pergi ke nostalgia 6 tahun dulu... banyak tul kelakarnya....antaranya izan pegi sana pakai baju-t suami puncanya pestaim nak gi melancung tak da persediaan jadi pinjamlah baju-t, suami ingatkan takda pape. Rupanya kena giat dengan teman-teman... katanya izan ni takut tak jumpa lagi pasal naik kapal terbang nanti tengah hutan jatuh...hahaha....haaa... tu la dia... takda pengalaman langsung2. sekarang pandai dahhh...

1. Kali Pertama Naik Kapal Terbang

- 6 tahun lepas. Destinasiku ke Sarawak. kalau diikutkan taknak pegi..takut kapal terbang jatuh. tapi atas galakan suami yang suruh zan merasa sesuatu yang tak pernah termimpi dan adik ipar yang satu ofis akan jadi bodyguard..sampai juga kebumi Sarawak. cantik pemandangan di udara..rasa indah sungguh kuasa tuhan. tapi nak tau..dari naik je kapal terbang tu sampai mendarat..mulut tak renti2 baca fatihah, ayatul qursi, mengucap dan 4 qul. berhenti sekejap..tu sambung balik. bila dah sampai..terus mengucap syukur. gitulah juga waktu balik ke Semenanjung. sebelum sampai rasanya macam lain je bumi Allah tu sebab naik kapal terbang kan. bila dah sampai....ohh...macam kat Rawang je bentuk dia. Banyak kenangan indah dan lucu.....

2. Kali pertama ke oversea..

- Ke oversea...Phuket oversea ke, 4 tahun lepas tak silap sebab tak lama tu dua bulan selepas balik ke Malaysia.. Tsunami melanda Phuket. Alhamdulillah dah sampai sini, panjang umur kalau tak bedey tak leh sambut dah...masa ke Phuket konon sombong nak duduk tepi tingkap nak tengok pemandangan indah... tapi rasa masa bergerak perlahan jadinya tukar tempat duduk dengan kak sal... kat Phuket oke jugak lah.. best.... naik tut-tut...sepanjang jalan kami ketawa dan ada juga pengalaman tak leh lupakan...

3. kali pertama berjauhan dengan keluarga

- masa di Sarawak, pukul 12.00 a.m sekali talipon, pukul 2.00 a.m sekali lagi, 4.00 a.m sekali lagi hehehe...mcm tu la jugak di Phuket..

4. Ingin melancong kemana

- impian nak pegi Brunei lihat Masjid yang 4 kubahnya dari emas..dan nikmati pemandangan indah Brunei...

5. Favourite Accessories

- zan simple... takde aksesori khusus. jam tak lekat ditangan barangan kemas bila perlu.


6. 4 perkataan yg selalu di sebut

- kunci mulut...x pandai pot pet sangat...tapi oyee...ayat ni "ibu tahu...nanti dulu"... dengan anak2 la tu.

7. Kalo ader duit * juta..juta..juta..*

- Nak buat amal jariah...settle hutang, nak duduk rumah jer goyang kaki... boleh tak?????

8. Siapakah yg mahu ditag

- Ana
- Angariani
- k ummi
- combi

Terimakasih buat mama anis kerana sudi mengetag izan......

4 comments :

echah_syed said...

nnt combi buat ekk.

maceh zan :)

Anonymous said...

buat ye combi... timaceh jg sokong zan.

Anonymous said...

thanks kak zan. best gak layan tagged nih.
dah siap dah taggednyer. secepat kilat jer siap. hehe..!!

Anonymous said...

Ana..ma kaceh...kdg2 lucu gak. tambah k zan ni banyak benda pikir. kdg bukan2 jer .... jadi bila lain dr kebiasaan datanglah buntunya. apapun terimakasih ana. akak keseronokkan nih ... menyanyi-nyanyi k zan...x leh bg tau rahsia.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter