Jom join izan

Friday, July 25, 2008

tag dari intan - 25/07/2008

Pyzam Family Sticker Toy
pYzam.com

Terimakasih intan....

Inilah "keluarga ku" - tag dari intan yang zan terima semalam. kelakar....dan puas larr zan fikir apa persamaan yang ada dalam "keluarga ku". jadi itulah hasilnya, abang iwan sibuk dengan bola sekarang ni...sampai awal bulan 9 tak silap ada pesta bola di sekolah. dah mintak no. ic ngan photostat ic gara-gara nak join the club..nampak gayanya ibunya kena lebih prihatin dalam dua bulan ni sebab abang iwan ada semput sikit..abahnya iwan dulupun aktif dengan bola sepak...memang sampai bujang dia main bola sepak. kalau piala tak payah cakap lah..beratur. tp sekarang abahnya aktif depan t.v jer, itupun abahnya kata "semput dada abah"... jantung kena jaga...

yang adik ika pulakkk .... sangat prihatin semua segi. jadinya apaje ibunya ada, adik ika pun nak ada. kadang barang2 adik ika dulu ada dari ibunya... jadi.. kalau ibunya nak sesuatu kena dapatkan cara sorok2. kalau tak budget mesti lari punya...

maka sebab itu, terciptalah keluarga ku yang ada persamaan antara satu sama lain.

seronok...sebab memikirkan apa mesej boleh disampaikan.

Tapi terhenti disini sahaja....intan sorilah, tak dapat nak lanjutkan kepada kawan2 yang lain kerana berlainan bidang diceburi..hehehe.. apapun..izan happy.......

4 comments :

intansabreena said...

Salam Izan..

hehehe..izan dgn anak pompuan keje tmpat yg sama ke? Yg ayah dgn anak lelaki sibuk bersukan pulak..

hehehe..Tahniah sbb menyiapkan tag dgn cepat..dan terima kasih kerana menerima tag dari Intan.. :)

Anonymous said...

Waalaikumsalam intan,

yg pompuan tu bukan keja tmpt yg sama tapiii... apa je ibunya ada sume nak serupa, klau tak merajuk jer... ha..tula perangainya.

yg ayahnya...besa2 lah... dr dia dh turun ke ank. asyik bola2. tp abahnya dah naik taraf sikit..pegang tongkat pulak.. wat menebas blkng rumah hehehe... brsukan gak tu..keluarkan peluh.

thnx intan, sesekali kita kena sume seronok2 mcm ni.

Anonymous said...

wah kak zan, ranggi nyer. hehe..!!

Anonymous said...

tu la ana.. bukan mudah nak tengok tu.. kat pyzam je boleh buat ..hehehe..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter