Jom join izan

Monday, July 21, 2008

kelas memasak.


Haaa... inilah permulaan untuk membuat kek. kalau takda .. memang tak menjadilah kek kita. Itulah pengisar jenama "BERJAYA".

Cuba tengok bentuknya tu...haaa....kalau biasa kita pakai yang beli dikedai2 elektrik prosesnya sama cuma kualiti dan masa berbeza sangat.

Harganya?..... huhuhuuuu... nangis dulu.. lingkungan RM1,450.00 - RM1,800.00. Jadi disarankan beli waktu "sale"...dapatlah dalam RM850.00 - RM880.00.



Antara bahan-bahan yang dicampurkan dalam adunan.. inilah asam yang dolu-dolu kita beli 1 seposen. sekarang dah lupa nak tanya berapa harganya.


















Tengoklah antara bahan2 yang telah diadun untuk membuat kek kukus.



Ini cara mengukus kek, cara tradisional... adunan dibungkus dengan plastik dan diikat.











Selain daripada tu, sebelum mengukus... adunan juga akan ditutup bersama kertas suratkhabar/kertas A4.









kemudian penutup ditutup rapat untuk menghasilkan kek kukus yang cantik.














Daripada contoh yang dibawa balik kerumah semalam, ini jelah baki yang tinggal dan sempat diambil gambarnya selepas dihiris.

4 comments :

intansabreena said...

salam Izan..

Wow! dah terer buat kek lapis ni..bestnya..

Anonymous said...

intan, belum terer lagi tu..baru pegang pen dan kertas... ulinya belum pas lagi..hehehe... kita baru belajar lah...

umi_e said...

izan...

mixer tu kalau RM1500.00 pun dah kira murah sebab nampak kukuh dan besar banding kak e beli Kenwood yang harganya berganda dari itu (cuma Kenwood ni tahan lamalah)

*** rasa cam nak beli je mixer 'BERJAYA' tu tau! geramnyaaaaa hehehehehe

Anonymous said...

kak e..zan pun nk jenama berjaya tu..memang gerammmm... tp dyg kata beli waktu sale dpt RM800.00... tu yang nk pecah tabung ni.. tp x cukup lagiiiii.. haruuuu.....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter