Lebih kurang pukul 2.40 selepas puas membuat kecoh kami pun nak beransur ke Destinasi kedua iaitu ‘Teluk Kemang-Port Dickson’. Perjalanan dari Senawang mengambil masa lebih kurang 35 minit sahaja. (ja, sini pun sesat sikit…) Sebab ada dua jalan satu kut Lukut-Port Dickson lagi satu terus ke Port Dickson. Kami masuk jalan Lukut. Itu cek embun 4 punya hal.
Kat sini pun cek embun 1, 2 & 3 bertekak lagi. Pasal apa, masing-masing nak tunjuk rumah lama uteh. Walhal Uteh dah lama (lebih kurang 20 tahun) bertapak di Batu 16 tu. Tapi masing-masing nak mengimbau kenangan dulu2……… Waduhhh.. rebut-topan dibuatnya. Bukan tak tau kalau 1, 2 & 3 dah berjumpa…pokok pun boleh tumbang(pokok reput).
No comments :
Post a Comment