Jom join izan

Sunday, June 15, 2008

JAMU MAK DARA


Jamu Mak Dara adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatan daya system untuk tubuh.
Kami percaya pemakanan tambahan adalah perlu untuk kesihatan dan kenikmatan hidup sempurna yang berkekalan. Jamu Mak Dara bukan lah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk memberi kesan yang terbaik apabila penggunaan berkala seperti yang dicadangkan dan konsisten.

Pengambilan:: Amalkan pengambilan 2 kapsul 2 kali sehari sebelum makan di waktu pagi dan juga malam.

Peringatan: Kurangkan pengambilan lauk pauk yang berkuah seperti sup, gulai, bercili dan berlemak Harus cukup rehat atau tidur, elakkan makan malam selepas 7 mlm, elakkan mengambil nasi pada waktu malam dan lebihkan buah2 dan sayuran.

KHASIAT PRODUK JAMU MAK DARA ADALAH UNTUK:

Membuang Toksik Di Dalam Badan
Menyuburkan Rahim dan Mengatasi Masalah
Memberi Tenaga, Cergas Seawal Pagi
Membetulkan Sistem Kitaran Haid dan Menbuang Angin
Membakar Lemak dan Menurunkan Berat Badan
Mengurangkan Bau Badan
Mengurangkan Sakit Pinggang dan Lemah Tubuh Badan
Awet Muda

KAPSULJAMU MAK DARA - RM 45.00 - 60 Kapsul

JAMU ANAK DARA -RM 45.00 - 60 kapsul

2 biji pagi sebelum sarapan2 biji malam sebelum makan malam

JAMU MAK DARA /ANAK DARA Dikilangkan oleh GMP Factory:

Produk Ekslusif Jamu Mak Dara Sdn Bhd
Di luluskan oleh KKM
Jamu Mak Dara Kapsul - MAL 07081636TC
K.KL.I.U NO:1546/2007/K

Bahan-bahan JAMU MAK DARA:-

gadong / tahi angin /cabai pintal / akar siak / sambar antu cabai batik / akar cerita / kulit pulau sari/ kulit kayu serapat ketumbar kasar /jintan hitam / temulawak /halia bara /halia putih kunyit kering / kayu manis cina / kedaung / daun cina maki /masuri jerangau / lengkuas merah / buah keras / jemuja / daun terawas hadas pedas / langkau besar / langkau kecil/ bica bolong /biji kami / buah gorek / akar kayu putih / cekor
Jika anda ada masalah berikut.....boleh amalkan

JAMU MAK DARA:-

Berat badan Untuk awet muda Ada masalah senggugut dan haid tak teratur Muka berjerawat dan kusam Mengembalikan semula keharmoniaan rumahtangga Masalah banyak angin dlm badan Masalah toksik dlm badan Masalah kesihatan seperti gout darah tinggi, kencing manis, resdung, migrain dll Masalah sengal badan, sakit pinggang, sakit tumit dan lutut Ingin berhenti merokok Tidor tak lena...

Cara Mengamalkan nya:- Untuk langsingkan badan / kesihatan keseluruhan wanita(2 X sehari )1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan

PERINGATAN - Harus cukup rihat dan tidur, elakkan makan malam selepas 7 malam, elakkan mengambil nasi pada waktu malam.Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ketika Dalam Pantang ( 2 X sehari) 1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan Bancuhkan jamu dengan air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarpaan dan 1 kali petang ( 4 petang) sebelum makan malam.
PERINGATAN - kurangkan pengambilan lauk pauk yang berkuah spt sup,gulai ,bercili dan berlemak. Untuk Pesakit Darah Tinggi ( 1 kali sehari) 1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan Bancuh kan jamu dgn air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan. SEKALI SEHARI SAHAJA!!
PERINGATAN : Harus cukup rihat dan tidur.Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
CARA MENYEDIAKAN NYA:-
Bancuhkan jamu dengan air panas (1/2 cawan) dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan dan 1 kali petang ,sebelum makan malam.Semasa minum jamu sila angkat payudara dahulu, selepas habis minum air suam barulah di turunkan semula.Pastikan minum air masak sekurang-kurang nya 8 gelas sehari.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter