Jom join izan

Sunday, June 8, 2008

Cek-Cek Embun

Inilah rombongan cek embun 1, 2, 3 & 4. Tapi yang ada disini ialah cek embun 1, 2 & 3. sebab cek embun 4 kerjanya “SNAP” ajer.

Hari Sabtu, 7.6.2008 lebih kurang pukul 10.30 bertolak dari Kg Kenanga menuju ke Destinasi iaitu Senawang, Negeri Sembilan. Kami tiba lebih kurang pukul 1.30 petang sebab jalan sesak … (Ja, kami orang sesat tuuu…kami masuk arah Tampin [semua tak ngaku tunjuk jalan salah] tulah cek embun 2 dan 3 (bertekak sajerr….) kalau ja tanya sorang pun tak ngaku. Cek embun 1 dah lentok dengan baby dia sekali (dah litak).

Sesampai aje, kami disambut oleh ayah Salwa dan Pak usu (lupa nak ‘snap’). Tak lama kemudian kami dijamu dengan makan tengahari yang sangat enak iaitu daging salai bersama mempelam masak lomak cili api(paling istimewa), udang petai sambal, sayur goreng campur, ada ayam goreng ada ikan goreng (cek embun 1 & 2 paling seronok-berselera). Saper tengok mesti tergoda. Cek embun 3 & 4 ‘cover line’….he he he.

Untuk faiz & wawa serta keluarga, terima kasih dengan layanan kepada rombongan cek-cek embun.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter