Masak lemak nenas dengan ikan masin
tu lar kata ... cadangnya nenas tu nak dibuat pajeri dengan bahan lain .. tapi bahan utama tu tak ada pulak minggu ni ... nenas da nak masak ... nak dimakan gitu aje .. mau tak sedap ... tapi setakat sepotong 2 boleh lah ... al maklumlah bukan macam zaman mudo remajo ... uda gaik bagai ... semua nak dijaga .. kalau masak macam ni .. kurang tajam sikit nenas tu ...
sedap juga masak macam ni... sememangnya kegemaran abang zul lah ...
malam tadi akak masak ala kadar aje ... pakai aje nenas sebelah .. sebelah lagi akak cicahlah dengan pes rojak Alhamdulillah .. sedap sesekali dapat makan nenas
Bahan
2 peket kecil ikan masin
1/2 biji nenas
1/2 biji kelapa / RM2.00 santan
1 helai daun kunyit
sedikit serbuk kunyit
garam
msg
Bahan kisar
15 tangkai cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cara memasak
- masukkan bahan kisar, santan, kunyit dan daun kunyit
- masukkan ikan masin dan kacau hingga santan masak
- masukkan nenas, letakkan garam dan msg secukup rasa
- kacau hingga nenas agak empuk dan angkat dan hidangkan
inilah lauk malam tadi sebagai pencambah dan pencetus selera ..... masam, manis dan masin ...
ingat kepada niat kita ... Lillahi Taala .... mudahan sedap rasa masakan kita tadi dan mendapat berkat ... insyaAllah ...
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
No comments :
Post a Comment