Jom join izan

Sunday, August 18, 2013

corat coret rebung raya ...

Salam hari raya ... buat semua teman, rakan taulan yang sentiasa datang dan pergi berziarah blog tanpa suara .... tapi tetap berbicara dengan kesenyapan yang tersendiri ... melakarkan ... meluahkan .. menggambarkan .. segala isi hati .. sekadar bicara biasa .. ;)

11 hari dah berlalu ... tahun ni pada pagi raya pertama sebelum solat sunat hari raya, dan ketika takbir dikumandangkan ... pakcik saudara kami telah pergi untuk bertemu Penciptanya dan semoga ditempatkan bersama para soleh dan orang-orang yang beriman .. Al Fatehah. akak tahun ni tidak kemana-mana pun sepupu2 yang ada pun masih dalam keadaan yang tidak terfikirkan ... jadi akak sekadar dirumah sahaja menunggu sesiapa saja yang bakal tiba ...


oke nampak tak sayur kat atas tu .. kenal tak sayur apa tu .......... rebung tu .... hadiah dari jiran sebelah rumah .... akak tak pernah siang rebung camgini ... selalu dapat da bersih aje .. hoooo kalut ... kalut akak camana tu .. nak dikikis kah .. dikopak kah ... diketuk kah ... akhirnya  ... akak siat dengan tangan aje .. macam buang kulit jantung pisang tu ....



cantek kulit buluh ni .... bagi akaklah ... sambil menyiat tu .. akak tenung kala warna warni rebung tu ... sambil fikir .. kalau akak kreatif ni ... macam2 boleh jadi kulit rebung ni .. silap-silap boleh jadi sarang semut dalam dapur ... hi3x ...




haaaa .. tu dia ... rebung selepas dikupas kulitnya .... satu akak tak pernah masak rebung masa keadaan dia macam ni ... selalunya rebung buluh ni akak beli bila dia da diperam dan agak lembut ..... okeee ... nanti kita cuba rasa ya....

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter