Jom join izan

Friday, July 26, 2013

@ makan kitchen double three hilton, jln tun razak

makan-makan ambik gambor .... makan dan ambik gambor .... antara 2 aktiviti ini mana yang paling digemari ..... kadang2 ambik gambor ni aktiviti yang menyeronokkan ... tambahan jika kita dah tak bersama teman2 lagi mungkin kerana faktor usia .... sekitar .... 


ambik tengah mulut penuh .... 


kita perlu bersyukur dengan setiap nikmat ... bahagia, gembira, ceria ... walau kadang-kadang bukan semua kita punya .... tapi nikmati setiap saat dengan rasa hati 




team litigation


bukan semua keputusan dalam hidup yang kita buat memuaskan ..... ada ketika baru kita tersedar ... rindu masa lalu yang ditinggalkan ..




buah kelapa laut ...


sesekali manis ..... 


first time jumpa .... aiskrim rojak


aktiviti makan2 ... memang menyeronokkan ... tapi jangan membazir .. dan makan seadanya... 

1 comment :

ReramaBiru said...

betul tue..selagi boleh makan,makanla tapi jangan berlebih2 pulak..eh aiskrim rojak?tak pernah jumpa jgk :(

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter