menggulai dalam demam tak demam ... Alhamdulillah dapat juga satu hidangan ... bila kita bermula dengan LILLAHI TAALA ... insyaAllah ... cubalah .. sebelum buat sesuatu ... niat aku melakukan kerana LILLAHI TAALA ... insyaAllah ...
bahan
1/2 kg udang buang kulit suka hati
50 sen kacang panjang dipotong sama panjang
RM2.00 santan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
12 tangkai cili hijau dan merah
1/2 kecil asam keping
1 batang serai ditumbuk
sedikit daun kunyit
minyak masak
garam
sekikit msg
sedikit ibu kunyit
cara-cara masak
a. giling cili, 1 labu bawang, 2 ulas bawang putih, sedikit ibu kunyit, sesudu kecil garam, sedikit air.
b. bila da hancur letak sedikit minyak dan giling lagi hingga halus
c. letak dalam kuali bahan giling campurkan santan dan tambahkan secawan air putih
d. masukkan serai yang telah ditumbuk dan kacang panjang.
e. panaskan kuali, kacau perlahan-lahan hingga sedikit mendidih dan masukkan asam keping
f. masukkan udang kacau lagi dan masukkan daun kunyit.
g. masukkan sesuku garam dan msg kacau hingga menggelak .. padamkan api dan angkat hidangan dari tungku supaya kuah tidak pecah minyak
kalau disimpan semalaman ni ... makin pedas makin ngancam ... dapat cekodok ikan bilis ke cekodok kucai ... cicah kuah ni .... mesti senyum sampai ketelinga..... tak caya cubalah ...
No comments :
Post a Comment