Tiba-tiba telefon berbunyi nada memanggil menunjukkan panggilan dari dalam.... "izan masuk sekejap, saya nak bual biasa2 dengan awak'...Elni manggil, alamak nada bukan biasa...luar biasa tuuu... .
Sepanjang 10 tahun disini, izan dah bekerja dengan 3 orang lawyer dan ketiga-tiganya perempuan. Bermula dengan Vanitha, Parminder dan Elni. Bersama Elni baru jer 2 tahun lebih. Masa mula2 Elni masuk memang tak rasi langsung. Sikap Elni yang memang tutt.... tak mendatangkan kerjasama yang sempurna. Adakala terasa hati dek sikap dan rasa dah tak boleh nak teruskan dalam "department litigation" ni. pernah minta tukar ke lain "department" tapi ditolak. rasanya macam tak sanggup bekerja lagi dah... tapi, pejam celik-pejam celik izan cuba ikut rentak Elni, kemudian selalu berjumpa dia.. beritahu apa yang izan suka apa yang izan tak gemar, kemudian belajar apa yang Elni suka dan tak suka walau tak pernah Elni bagitahu. Tapi lama-kelamaan.. kami jadi serasi, boleh bekerjasama, boleh berahsia dan sebagainya. Saling bercerita tentang kebaikkan masing2 ketika berbual dengan teman2... menunjukkan kami dah boleh saling menerima. Dan merasakan Elni yang terbaik dalam yang baik.. Elni muda dari izan 2 tahun dan dia boleh dijadikan tempat merujuk segala perkara.
Tapi ada beberapa kejadian kebelakangan ini yang tidak dapat dielakkan ... apa yang izan dapat rasakan dah jadi kenyataan. Dan perkara biasa yang Elni hendak bagitau itu ialah Elni ditawarkan untuk membuat "Conveyancing" dan dia tau izan mesti sedih. Sebab dia pernah kata, 2 tahun lebih saya dah bekerja dengan awak, saya dah tahu awak punya cara ... jadi sebelum awak dengar dari orang lain, saya bagitahu awak dahulu. Apa yang mampu izan katakan ialah "itu rezeki awak, tahniah.. tapi kalau boleh saya nak ikut awak buat conveyancing ..boleh tak?" he he he....
Siapalah pengganti selepas ni... selalu macam tu, bila dah serasi ada pulak tawaran bagus lagi.. dan izan menunggu siapa pulak selepas ni yang akan buat izan kelibut semula. Apapun hidup mesti diteruskan, soruuu tak boleh miss ... macam pernah dengar ayat ni ... takpe lah pinjam sekejap.
No comments :
Post a Comment