Jom join izan

Saturday, July 5, 2008

berziarah mak long

5.7.2008 lebih kurang pukul 2.30p.m bertolak ke Ampang untuk berziarah mak long yang kurang sihat akibat cancer dileher. cadangan dari mak wok untuk membawa bersama-sama mak uteh dan mak serta mama hadif dan ina dengan 2 buah kereta manakala adik zan(pesona bintang) x dpt ikut sebab bercuti di Melaka untuk "company trip".

Mak yang memang susah nak lepas kemana-mana zan bawa juga untuk berjumpa kakaknya yang sulong tu. keadaan mak long yang menjalani rawatan kimoterapi memang sukar nak digambarkan. dari leher hingga membawa kebahagian dada seakan terbakar menyebabkan dia sukar untuk menelan sebarang makanan dan mendapat tidur yang lena.

suasana muram seketika membuatkan kami tidak mampu untuk terus melihat. dan membiarkan mereka berbual sesama adik-beradik. mak zan mempunyai 6 adik-beradik dan kini yang tinggal lima manakala adik mak yang bungsu tidak dapat ikut bersama. mak merupakan anak yang keempat yang kesemuanya adalah perempuan.

aruah nenek pernah kata kami semua rupa tak lari bila orang tengok aje mesti tau ini anak sape, cucu sape, adik sape dan sebagainya, lalu mak uteh kata acuannya pun dari sape. aruah nenek ketawa terkekek-kekek. Mama hadif kata rupa mak long di kala ini seiras aruah nenek. zan menjeling kearah mak long memang ia. bila dia meletak tuala di kepala seperti perbuatan aruah nenek.......

Kalau nak tahu, dari aruah nenek sampailah kepada mak uteh, semua ada sakit lutut. kalau berjalan mak kata "kura-kura sampai dulu"... apapun, hidup kena diteruskan ... mak memang suka melawak. tapi hatinya hanya Allah yang tahu.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter