Seperti yang dijanjikan untuk membawa mak mertua (yang ku panggil makcik) pergi mengikuti kursus haji di masjid Kuala Kubu Baru hari ini, kerana adik ipar yang mempunyai hal tak dapat dielakkan. pukul 7.45 kami bertolak dari rumah terus ke kuala kubu.
Inilah sebahagian dari bakal-bakal haji yang mengikuti kursus tersebut dan akan berangkat pada November 2008.
Ustaz hari ni menceritakan tentang Madinah. seronok.. ada 2 perkara tentang ziarah ke Madinah. 1. ziarah dalam dan 2. ziarah luar. ziarah dalam lebih berkisar tentang Masjid Nabawi. disana apa perlu kita lakukan dan jaga. dalam banyak2, cerita tentang 8 tiang sangat seronok. ia terdapat didalam Masjid Nabawi. setiap tiang ada ceritanya. juga tentang Raudhah (taman) di dalamnya terdapat makam nabi Muhammad s.a.w. berserta 2 sahabatnya dan bermacam-macam lagi pengetahuan yang boleh di dapati. ziarah luar pula merupakan tempat2 bersejarah yang menjadi lawatan para jemaah haji seperti bukit uhud, masjid tujuh dan banyak lagi.
Bila mendengar bermacam2 cerita begini hati jadi sayup dan terpanggil untuk melihatnya sendiri. bersama-sama ada slot-slot yang di tayangkan untuk tontonan yang membuat kita terpanggil untuk melalui dan melihat keadaan sebenarnya.
No comments :
Post a Comment