Jom join izan

Friday, June 27, 2008

ahhh....geram

Marah yang cuba ditahan supaya jangan meledak, selama bekerja boleh dikira berapa kali merempan. dengan client/defendan yang mengamok sakan pun boleh cool lagi. boleh senyum lagi. marahlah berapa kali nak marah tak kisah. bukan nampak pun. kalau kawan2 sekeliling dah paham. mana kawan2 yang panas baran dengar kita jawab panggilan baiikkk!!!! punye 10 kali soal 10 kali jugaklah menjawab masih senyummmmm..lagi...orang mendengar pulak yang sakit hati. kadang2 boss kata ini bagi dia handle..tengok dia boleh marah balik ke tidak. kita senyum jee.... gerenti client dengan kita ketawa kui..kui..kui...
Tapi macam mana boleh kita berangin hari ni... mana taknya dahlah assisstance kena jaga reception sebab receptionistnya mc 3 minggu cedera parah sebab air panas menggelegak tu boleh tersimbah ke badan dia. tu la kalau duk bujang setiap pergerakkan kurang berhati-hati. kesian mek fiza.
kita yang dah hampir seminggu menghabiskan LOD sorang2 mana yang nak masuk lagi... kerja lain lagi tak boleh nak sentuh. client dok talipon bising2 itu tak siap, ini tak failkan lagi. cover line boss lagi sebab boss dah selalu cover line kita... asyik tengok benda sama aje... dah tu ada sorang tu buat hal pulak dengan kita. tak penah2 dia buat. sama2 dah tension. kalau "asisten" kita tak pe lah senang cakap. huuu...
kebetulan senior boss panggil kita nak bagitau perkara lain. masuk aje bilik dia pertama yang dia tanya, kenapa you punya muka merah macam nak jerit satu dunia. senior boss kita punjabi. jadi boleh agak tak macam mana dia tanya kita. wah..kita apa lagi, dah tahan punya tahan tak boleh tahan. hujan pun turunn....
nak tau apa dia kata. izan, harini you nangis satu hari. saya sebelum ini sudah nangis tiga hari. saya tau you tension. ini hari you belajar apa. you belajar selepas dari hari ini you jangan nangis lagi. you kena senyum. ini hari you takda senyum. saya mau lihat you senyum. itu luar punya orang takda tau. hanya you saja yang tau you punya kerja. you punya masalah. you punya susah. you buat saja dengan hati senyum. sebelum you buat saya dah buat dulu. sebelum you tension saya dah tension dulu. kita punya kerja kena buat dengan senyum. kalau semua orang tension termasuk saya, saya ingat itu tanjung rambutan sudah lama penuh. sampai takda tempat untuk you. hehehe...dalam hujan sempat jugak aku ketawa lagi.
boss kata ini cerita P&C-kat ofis je. tapi kat sini nak citer lah buat lepas geram sesekali. tambah2 buat pesona bintang..tension2 pun dapat gak terbang lagi.
Kadang-kadang cerita dengan Mr Satwant ni best. banyak pengetahuan yang kita boleh dapat. tambah2 dia tak kira orang nak curahkan ilmu.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter