
STRESS
Simpton
Orang yang mengalami tekanan perasaan sering menghadapi masalah kesihatan seperti sakit kepala, lenguh badan, letih dan sesak nafas. Mereka yang sering mengalami tekanan juga cepat letih, tidak nyenyak tidur, susut berat badan atau berat naik mendadak, tangan dan kaki berpeluh selain tangan sering menggeletar dan berlaku perubahan pada selera makan.
Jika dilihat dari sudut psikologi pula, simpton tekanan perasaan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti perasaan tidak puas hati, lekas marah, mudah kecewa dan berputus asa sehingga membawa kepada kemurungan.
Melihat kepada simpton atau tanda tekanan, kita boleh mengenal pasti individu yang mengalami tekanan lebih awal. Sekiranya anda sendiri yang mengalami tekanan, segeralah atasi tekanan tersebut. Sesekali kita perlu melayan emosi dan bercuti adalah cadangan yang paling baik untuk menangani tekanan.