Jom join izan

Saturday, April 26, 2008

6 TIP ELAK TEKANAN


1. Hidup ini umpama roda yang berputar. Ada masanya, kita akan menerima tekanan dan ada masanya giliran orang lain pula. Anggaplah tekanan sebagai fitrah kehidupan. Terima ia dengan hati yang bersedia.

2. Apabila berdepan dengan tekanan, jangan bertindak terburu-buru terutamanya ketika membuat keputusan. Fikir secara rasional pro dan kontra setiap keputusan yang anda pilih terutamanya yang melibatkan kehidupan anda seperti perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya.

3. Apabila berdepan dengan tekanan, jangan biarkan perasaan negatif menguasai diri anda. Halusi setiap tekanan yang datang dengan positif. Ia akan membantu anda untuk berasa lebih tenang dan tekanan boleh di atasi dengan lebih mudah.

4. Jika anda mula merasakan tekanan, segera cari seseorang yang boleh berkongsi dan berbincang dari hati ke hati mencari solusi kepada tekanan itu. Dengan cara ini beban tekanan dapat dikurangkan.

5. Jangan suka memendam rasa. Jika anda berada didalam keadaan tertekan, cepat-cepat cari jalan untuk menyelesaikan tekanan itu kerana tekanan yang dibiarkan lama hanya akan memburukkan keadaan emosi anda.

6. Jangan biarkan tekanan bertapak lama dalam diri sebaliknya segera cantas tekanan yang datang dengan sebaiknya supaya ia tidak merosakkan diri anda dan orang lain.

(Keluarga) - oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

selain itu kita jangan lupa untuk terus berdoa dan meminta petunjuk dari yang Maha Berkuasa.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter