Peringkat Umur Yang Sering Dilanda Kerisauan.
Pakar Psikologi, Dr Robert Leahy dalam bukunya berjudul Worry Cure, menjelaskan wanita yang berumur di antara 18 hingga 33 tahun paling kerap mengalami kerisauan. Peringkat umur itu merupakan detik paling kronik dan mustahak dalam hidup manusia.
Di peringkat umur tersebut, wanita akan berdepan dengan pelbagai masalah dan dilema dalam mengharungi kehidupan seharian mereka. Persoalan tentang pendidikan, pekerjaan, jodoh dan percintaan sering menghujani pemikiran dan membuahkan kerisauan. Bimbang jika semuanya tidak berjalan lancar seperti yang direncanakan.
Apabila usia semakin meningkat kerisauan dan keresahan menerjah dalam rupa yang berlainan. Jika dahulu perasaan bimbang banyak berkisar soal diri sendiri, kini ia mula membabitkan soal keluarga, soal suami, anak-anak, kesihatan dan masa tua menjadi punca utama kerisauan seorang wanita tatkala usia mengajak ke angka lewat 30-an, 40-an, 50-an dan seterusnya.