Jom join izan

Sunday, April 27, 2008

Bagaimanakah mengatasi perasaan risau?

Kerisauan yang melanda seseorang wanita secara berterusan akan membuatkan mereka mudah dilanda stres, masalah penghadaman dan pelbagai penyakit berbahaya yang lain. Justeru, adalah penting bagi seseorang wanita untuk bijak mengawal emosi dan perasaan risau mereka supaya ia tidak mendatangkan impak negatif kepada kesihatan tubuh badan.
1. Senaraikan perkara yang menimbulkan kerisauan kepada anda termasuk senario buruk yang anda bayangkan akan terjadi. Kemudian, fikirkan cara untuk menangani segala faktor kebimbangan dan segeralah melaksanakan tindakan tersebut agar segala kerisauan itu tidak lagi membelenggu hidup anda.
2. Tanyakan pada diri anda samada perasaan risau yang dialami membawa anda kepada perkara kebaikan atau sebaliknya. Jika ia adalah sesuatu yang produktif anda boleh terus berfikir tentangnya namun jika ia hanya mendatangkan keburukan, lebih baik anda berhenti memikirkannya.
3. Berfikir secara positif dapat menukar perspektif anda terhadap sesuatu perkara. Ia membantu anda memandang sesuatu perkara dengan lebih baik dan bukan hanya keburukkannya sahaja sekaligus mengusir segala kegusaran yang bersarang di hati.
4. Jangan takut untuk menghadap kegagalan. Ada kalanya kegagalan akan membuatkan anda menjadi insan yang lebih baik, tabah dan positif dalam menjalani kehidupan.
Rahsia Wanita Oleh: Zalifah Abdullah

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter