Jom join izan

Showing posts with label DCL. Show all posts
Showing posts with label DCL. Show all posts

Friday, July 4, 2008

D-Brain & E-Brain

Keutamaan:
Mencerdaskan minda
Menguatkan daya ingatan
Menambah tenaga mental
Mengatasi masalah stress
Menenangkan fikiran
Mengatasi masalah pelupa

Minds simulation
To overcome stress problem
Healthy mental development
Upgrade memory ability

Calmness Harga D’Brain (kanak-kanak)
WM RM 39.50
EM RM 41.50

Harga E'BRAIN(dewasa) :
WM RM 48.00
EM RM 53.00

DCL


MOTTO

Satu Wadah Perjuangan, Lebih Adil Lebih Sukses!

Friday, June 6, 2008

PUERARIA MIRIFICA/LOBATA (Q-SHE)




Diadun dari sejenis ubi putih yang terdapat di utara Thailand iaitu Pueraria Mirifica atau dalam bahasa kampungnya LOBATA.
Jom kita kenali apa itu Pueraria Mirifica/Lobata dan apakah kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.


Pueraria Mirifica ~ Tumbuhan ajaib kurniaan Tuhan : 1 utk 1001 khasiat

Pemakanan/penggunaan produk-produk berasaskan Pueraria Mirifica adalah supplemen untuk kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara semulajadi pada tubuh.
Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormone, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin anda perolehi dari produk-produk lain.
Tak perlu lagi menyeksa diri dengan suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untuk menjadi cantik dan jelita. Bertindak dari dalam untuk menerlahkan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki, dalam dan luar. Anda pasti kagum dan berpuashati dengan hasilnya.
Pueraria Mirifica, adalah satu-satunya tumbuhan Anugerah Tuhan yang boleh membantu menyeimbangkan penghasilan dan pengeluaran hormon manusia.
Terdapat 13 jenis spesies di dalam keluarga pueraria. Dari kajian yang dijalankan oleh beberapa saintis sejak di awal abad ke 19 lagi, mendapati bahawa Pueraria Mirifica merupakan yang nombor satu jika dibandingkan dengan jenis-jenis keluarga pueraria yang lain. Manakala, keluarga pueraria yang lain langsung tidak sesuai dan tidak digalakkan. Pueraria Mirifica hanya tumbuh dan terdapat di utara Thailand .
Berbanding dengan keluarga pueraria yang lain, yang juga tumbuh di beberapa negara asia yang lain termasuk Filipina dan Indonesia . Namun ianya tidak memberi sebarang kesan yang memberangsangkan dan tidak standing dengan Pueraria Mirifica dari Thailand . Tumbuhan yang telah sekian lama wujud sejak beratus-ratus tahun ini mula mendapat tempat di pasaran global dan menjadi kegilaan kepada pengeluar untuk dikomersialkan.
Antara kebaikannya adalah .....
KULIT
- menganjalkan kulit yang telah melendut
- menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
- mengurangkan garis-garis halus
- mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit
- menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri
- menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak
- melembutkan kulit - kulit kurang kasar dan kering
- merawat jerawat dari dalam
- mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
- mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata
- melambatkan proses penuaan secara berkesan
KUKU
- mencegah kuku dari menjadi lemah dan rapuh
- menguatkan kuku agar tidak mudah merekah dan menyerpih
- meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat
- kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat
RAMBUT
- mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya
- mengawal rambut dari menjadi rapuh dan bercabang
- menggalakkan pertumbuhan rambut baru
- mengawal keguguran rambut
- melambatkan penuaan rambut dan mengawal rambut dari beruban
- menjadikan rambut lebih sihat, bersinar, beralun dan hitam berkilat
BADAN
- melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak
- membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh
- mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan
- mengangkat dan menganjalkan,
juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.

KESIHATAN
- menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
- mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
- membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopos dan osteophorosis
- mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
- mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dan lain-lain- menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh

Thursday, May 15, 2008

RED GUARA CAFE


Red Guara Cafe dikomposisikan dengan 3 bahan mewah utama yang terdiri daripada ekstrak Guarana,Ubi bit merah dan Yis Beras Merah.Diperkayakan dengan Kopi Arabica dan krimer berasakan soya untuk perisa hebat dan pelbagai nilai perubatan seperti:
1· Membekal tenaga segera untuk badan
2· Mengenyangkan dan sesuai untuk proses penurunan berat badan
3· Tahan lapar dan sesuai untuk orang yang berpuasa
4· Membantu mengatasi masalah kolestrol
5· Membantu masalah athma dan pernafasan
6· Menatasi masalah kelesuan
7· Membantu menstabilkan hormon Membantu menambahkan tenaga


HARGA
RM 19.80 (W.M)/RM 21.80 (E.M)

Sunday, April 27, 2008

Salah satu punca penyakit

Menjaga kebersihan organ dalaman terutamanya hati. Bila hati kita bersih kita akan rasa sihat dan ceria. Menjaga kebersihan perut meletakkan kita di keadaan yang selesa dan bertenaga. Penggunaan Inte-Cleanse sangat mudah dan tidak memudaratkan. apabila kebersihan dalam perut dijaga kita tidak akan merasa pening atau sakit kepala, hati kita tidak berdebar seperti ada yang tidak kena atau risau, berada disituasi yang selesa dan tidak mengalami gangguan sebu, kembung atau sakit perut.

Thursday, April 24, 2008

BIDADARI - UNTUK WANITA YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN DAN KECANTIKKAN

sering berasa letih, lesu dan tidak bermaya, wajah tampak kusam dan hilang ceria.

Apabila badan kita sihat dan minda kita kuat dengan sendirinya akan terserlah kecantikkan. Bidadari adalah minuman tambahan mengandungi khasiat yang membekalkan kita tenaga dan keremajaan (bermakna jika kita sihat dan bertenaga maka kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan ceria). Bidadari berfungsi untuk kesihatan dan kecantikan..



Diadun dengan sempurna dari bahan-bahan semulajadi dan dipilih seperti:-

1. Madu Asli
2. Manjakani
3. Sirih
4. Serai
5. Akar Serapat
6. Jarum Emas
7. Kacip Fatimah
8. Asam Jawa
9. Kurma; dan
10. lain-lain herba tambahan terpilih.

Disamping itu kaya dengan zat-zat seperti:-

a. Protein
b. Serat
c. Karbohidrat; dan
d. vitamin A, B, C, D dan E


sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina sistem rahim, meningkatkan seri wajah dan pemangkin kepada perhubungan suami isteri.

WM: RM53.00 / EM: RM58.00

Inte-Cleanse - Pencucian Usus

Inte-Cleanse dianggap sebagai pencucian usus -



dimana ia bertindak sebagai

1. membersih dan membina usus
2. melawaskan pembuangan najis
3. melegakan sembelit
4. menurunkan berat badan (obesity)
5. stress
6. metabolisma rendah
7. penghadaman
8. paras hormon rendah

setelah proses ini dilakukan segera, segala zat-zat dan khasiat yang dibekalkan dari Bidadari bertindak dengan lancar dan sempurna.

WM: RM48.00 / EM: RM53.00

MEMILIKI, MEMAHAMI & MEMPERKENALKAN

KESAN PENGGUNAAN INTE-CLEANSE

Berlaku pembuangan dan pembersihan toksid -

setiap kali bangun pagi sangat mudah, tanpa sakit badan seperti selalu, bertenaga dan ceria. jika sebelumnya anda rasa letih, lesu dan mengantuk. anda akan dapati selepas penggunaan inte-cleanse rasa bersemangat untuk melalui waktu-waktu bekerja.

tidak mempunyai waktu yang cukup untuk ke stokist.

Pesanan dan Pertanyaan boleh dilakukan.
cubalah.....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter