Jom join izan

Saturday, August 11, 2012

setiap pemberian selayak dihargai


Selamat Hari Raya ... lalalala .... (nak menyanyi tapi lupa lirik ah ....)
beberapa hari lagi umat Islam seluruh Dunia akan menyambut Eidul Fitri ...... Selamat Hari Raya buat semua yang sudi mengintai laman blog izan ... dalam kita bergurau, bercerita, berkongsi ... adakala terdapat hati yang terguris .... zan minta maaf chek ... anggaplah apa yang izan cerita itu adalah cerita izan berkisarkan sekeliling izan yang nyata .... mana yang tak nyata ... jangan terasa atau simpan dalam hati .. kerana anda tak mengenali izan dan ..... izan juga tidak mengenali anda ....

Namun begitu ... apa yang dikongsikan bersama disini adalah selayaknya dimanfaatkan oleh semua ... walaupun kita bukannya sempurna sangat kerana kita manusia biasa yang sememangnya disetiap hari2 mendatang memperbaiki .... dan sentiasa memperbaiki ... keseluruhannya harus kita perbaiki ... terutamanya "HATI" kita ...... insya Allah.... agar kita mampu tersenyum dan berdiri ... malah berharap dapat melihat sang suria disetiap pagi .. kerana ada banyak lagi yang kita berharap dapat kecapi ....



jeng jeng jeng ..... akak dapat kek ... dari awex tepat keje abe zul ... hihihi ... bukan akak tak belajar buat kek ni ... dari Dayang aritu ada je .. tapi belum sanggup tunggu tuk melapis dari pagi sampai ke petang ... mula-mula bagi satu tupperware kecik .... bila akak kata sedapnyerrr...... pas tu bagi 1 layer camni ... Alhamdulillah rezeki rezeki rezeki .... mudahan yang memberi tu dimurahkan rezeki selalu dan rajin2 buat lagi ... sebab senang akak dapat rasa lagi ....

siapa pun yang memberi, selayaknya dihargai .....ikhlaskan hati, bersihkan jiwa, lapangkan minda .... anda pasti ceria

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter